24 January 2013

Nikmat Umat Nabi Muhammad SAW


Alhamdulillah. Subhanallah. Syukur masih diberi nafas dan kesempatan untuk merasa nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah, kita telah pun memasuki bulan Rabi’ul Awal 1434H. Harapan saya sahabat-sahabat tidak lupa akan tarikh keramat di mana diutuskan seorang Rasul yang memberi rahmat untuk sekalian alam iaitu lahirnya Baginda Muhammad pada 12 Rabi’ul Awal, Tahun Gajah. 

Ingin saya kongsikan sedikit kisah yang saya peroleh dari sebuah buku yang berjudul Uswatun Hasanah karya Haddad Alwi.

**********

Wahab bin Munabbih mengisahkan, ketika Nabi Musa membaca kandungan ayat-ayat Taurat, terlihat olehnya kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Beliau berkata, "Ya Tuhanku, siapakah gerangan umat yang dirahmati seperti yang kudapati dalam ayat-ayat ini?"

Maka Allah menjelaskan, "Mereka itulah umat Muhammad SAW. Mereka rela dengan sedikit rezeki yang Aku berikan, maka Aku pun rela dengan amalan yang sedikit daripada mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga dengan kesaksian la ilaha illallah!"

Nabi Musa kembali mengadu kepada Allah, "Aku dapati dalam ayat-ayat ini, satu umat yang akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bercahaya laksana bulan purnama. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"

Lalu Allah SWT menegaskan, "Mereka itu adalah umat Muhammad SAW. Aku bangkitkan mereka itu pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bersinar dan bercahaya disebabkan dari bekas-bekas wuduk dan sujud mereka."

Lalu Nabi Musa kembali berkata, "Aku dapati dalam ayat ini satu umat yang mengerjakan solat lima kali sehari semalam, puasa di Bulan Ramadhan kerana Mu, menunaikan haji ke Baitul Haram kerana Mu, menyerukan perbuatan yang makruf dan mencegah perbuatan mungkar, menyimpan kitab suci di dada mereka, sehingga terbukalah pintu-pintu langit dan turunlah rahmat bagi mereka. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"
  
Allah SWT lalu berkata, "Mereka itu adalah umat Muhammad SAW"
  
Tidak hanya itu, Nabi Musa kembali berkata, "Ya Allah, Engkau sudah anugerahkan segala kebaikan kepada Ahmad ( Muhammad) beserta umatnya, maka jadikanlah aku sebagai umat Muhammad SAW!"

Maka Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-Araf;144
Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), Dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan Dengan KalamKu; oleh itu, Terimalah apa Yang Aku kurniakan kepadaMu, dan Jadikanlah dirimu dari orang-orang Yang bersyukur". 

Begitu lah kisahnya betapa kita perlu, mesti, dan wajib BERSYUKUR menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Betapa beruntungnya kita sebagai umat Muhammad SAW sehingga Nabi Musa yang memang seorang nabi pun ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW, sedangkan Nabi Musa sudah pun dijamin masuk syurga dan banyak lagi kelebihan Nabi Musa berbanding kita yang hanya insan biasa tapi bezanya kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Subhanallah.

Siti Nurfatehah Binti Hj Othman
Biro Spiritual ISIS KAI UMT
Bendahari II Kelab Amatur Intelektual  

20 January 2013

Siti Hajar Pelajar UTeM Telah Kembali Ke Rahmatullah

 

Pada jam 9.25 pagi, 20 Januari 2013 (Ahad), ISIS telah menerima berita bahawa saudari Siti Hajar Binti Mat Sabir, pelajar tahun pertama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah pulang ke rahmatullah.

Kondisi saudari Siti Hajar dikatakan semakin teruk apabila saudari Hajar mengalami demam panas dan terdapat jangkitan pada paru- parunya sehingga sukar untuknya bernafas. Saraf tunjangnya juga telah gagal untuk menghantar arahan ke anggota bandan sehingga perutnya membengkak dan usus besarnya tidak dapat menyalurkan najis dengan sempurna.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi saudari Siti Hajar. Mohon untuk semua mendoakan kebaikan dan Al Fatihah kepada arwah Siti Hajar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang- orang yang beriman. Sesungguhnya kerana Allah dan kepada Dia kita kembali.

Nyawa kita ini adalah pinjaman yang Allah SWT berikan kepada kita. Ia adalah milik mutlak Allah dan tidak kekal didunia ini. Kita harus bersyukur dengan nikmat yang kita peroleh dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

ISIS KAI UMT mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Siti Hajar Binti Mat Sabir. Semoga keluarga arwah tabah dengan ujian ini. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun~

----------------------------------------------------------------------

Info:

  • Pada 6 Januari 2013, saudari Siti Hajar telah mengalami kemalangan bersama tiga orang sahabatnya di Melaka. [Link]
  • Pimpinan Kelab Amatur Intelektual (KAI), diketuai oleh saudara Muhammad Raimi B. Abdul Rauf, Presiden KAI telah menziarahi mangsa- mangsa kemalangan di Hospital Melaka. [Link]
  • Pimpinan Ikatan Siswi (ISIS KAI UMT) diketuai oleh saudari Siti Aishah Binti Ismail, Timbalan Pengerusi ISIS telah menziarahi saudari Azizue Hasni, salah seorang mangsa kemalangan juga sahabat kepada arwah Siti Hajar. [Link]

17 January 2013

Majlis Perpisahan Pengerusi ISIS


Pada 16 Januari 2013 bersamaan 4 RabiulAwal 1434H , satu majlis perpisahan telah diadakan khas buat Pengerusi ISIS iaitu Saudari Siti Ainatul Mardhiah Bt Suriadi yang akan menjalani latihan industrinya bermula Februari 2013 di Bangi. Saudari Siti Ainatul akan menjalani latihan industri selama 6 bulan bagi melengkapkan semester akhirnya di Universiti Malaysia Terengganu.


Majlis ini dihadiri oleh barisan kepimpinan ISIS dan beberapa orang ahli ISIS yang lain yang diadakan di Tareem Hadhramout Arabic Food Station, Kuala Terengganu. 

Kami dari pihak ISIS mendoakan semoga segala urusan saudari Siti Ainatul sepanjang menjalani latihan industri dipermudahkan. InsyaAllah.

~Never say good bye, because saying good bye means going away and going away means forgetting~

14 January 2013

Isu Semasa: Dimanakah Hak Bersuara Mahasiswa?


Bawani (kiri), mahasiswi UUM yang berani tampil ke hadapan menyatakan pendapatnya sebelum
 dihalang oleh moderator jemputan, Pn. Sharifah (Presiden Suara Wanita 1 Malaysia).

Bismillahirrahmanirrahim.
 Suara mahasiswa, suara perubahan.

Andai seorang individu yang baru kita kenali, dijemput masuk ke dalam rumah kita, makan dan minum disediakan. Kemudian, berbual penuh mesra. Tiba-tiba dia tidak bersetuju dengan pendapat adik kita, menghalang adik kita bercakap dan seterusnya memberi cadangan kepada adik kita untuk berpindah rumah sekiranya adik kita tidak bersetuju dengan pendapatnya. Adakah wajar? Dan kita, adakah sekadar mendiamkan diri, dan tersenyum? Tepuk dada, tanya minda.

Andai mahasiswa yang bersuara disenyapkan dengan cara yang tidak sopan, hal ini sepatutnya menjadi satu isu yang tidak dipandang enteng. Kebebasan untuk bersuara dan memberi  pendapat oleh seorang mahasiswa sepatutnya diraikan dan jika tidak dipersetujui, sila perbetulkan secara ilmiah dan bersama fakta yang logik, tuntas, bernas dan meluas.

Bertindak memperbodohkan dan mencelah seorang mahasiswi untuk bercakap adalah satu perkara yang kurang beradab dan tidak seharusnya terjadi. Sikap ego, menghina dan rendah akhlak, menghina pelajar tersebut, dan yang paling mengecewakan,  tiada seorang pun tampil di hadapan membela dan mempertahankan mahasiswi berkenaan. Presiden Suara  Wanita 1Malaysia itu bukan siapa, dia bukan pensyarah, dia orang luar. Dia datang ke tempat anda dan menghina rakan anda, dan tiada apa yang dilakukan.

Sukar untuk diterjemahkan. Namun, setiap orang ada alasan masing-masing yang saya kira untuk ketika ini boleh diterima. Namun, kita tidak seharusnya diam sampai bila-bila. Pembelaan perlu kita lakukan, bukan atas dasar politik, tetapi atas dasar hak bersuara mahasiswa.

Akhir kata, sukar untuk kita jumpa seorang insan yang berani bersuara di khalayak ramai, lagi-lagi seorang mahasiswi atas dasar untuk menegakkan kebenaran. Bersuara berdasarkan fakta, fakta dan fakta. Mari semua kita tambah ilmu, bukan sahaja ilmu di kelas, tapi juga ilmu isu semasa. 

Mahasiswa pemimpin perubahan.

Wallahualam.

*Entri ini adalah pandangan ISIS mengenai isu mahasiswi UUM bernama Bawani yang dihalang dari terus menyatakan pendapatnya dalam sebuah program di UUM. [Link]

11 January 2013

Ziarah Pelajar UTeM Mangsa Kemalangan Jalanraya

Pimpinan ISIS serta ahli- ahli ISIS yang menziarah saudari Azizue

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, tengah hari tadi pimpinan ISIS bersama beberapa orang ahli ISIS KAI UMT sempat menziarahi salah seorang pelajar UTeM, saudari Azizue Hasnie Bt Abdul Zubair yang terlibat di dalam kemalangan di Masjid Tanah, Melaka pada 6 Januari lalu.

ISIS KAI UMT diwakili oleh Siti Aishah Binti Ismail (Timbalan Pengerusi), Shakinah Bt Sholehuddin (Biro Kesihatan), Nurul Sakinah Bt Mohd Sofiuddin (Biro Personaliti), Zaiimah Bt Rozman (Biro Personaliti) dan Naqiyyu Bazz Binti Ramli (Biro Akademik & Kebajikan) serta beberapa orang ahli ISIS tiba dirumah saudari Azizue dan sempat berbual dengan ibu dan nenek kepada saudari Azizue.


Saudari Azizue, dibenarkan pulang ke rumahnya di Terengganu setelah menjalani rawatan di Hospital Melaka. Keadaannya semakin pulih setelah menjalani pembedahan membetulkan rahangnya dan sekarang saudari Azizue menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Azizue anak pertama dari lima orang adik- beradik mengalami luka dan lebam di bahagian mulutnya serta patah dua jari kirinya dan ketika ini saudari Azizue hanya mampu memakan bubur menggunakan straw disebabkan rahangnya yang patah. 

Menurut cerita ibu kepada saudari Azizue, kemalangan tersebut berlaku kerana kereta yang dipandu seorang lagi sahabat Azizue terbabas melanggar pokok. Menurut ibunya lagi, saudari Azizue sangat tabah disebabkan sokongan sahabat- sahabat yang ada disekelilingnya.

ISIS KAI UMT mengucapkan takziah kepada saudari Azizue serta keluarga dan semoga saudari Azizue terus tabah menghadapi dugaan ini. Sama- samalah kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saudari Azizue dan sahabat- sahabatnya yang lain. Wallahu'alam.

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)


Info: 
  • Berita kemalangan empat orang pelajar UTeM di Masjid Tanah, Melaka. [Link]
  • Pimpinan KAI juga telah menziarah mangsa- mangsa kemalangan di Hospital Melaka pada 8 Januari lalu. [Link]

8 January 2013

Duhai Yang Bernama Hati


Muzicons.com


 Duhai yang bernama hati,
Kuatlah sayang...
Kau bukan hanya sekadar hati
Kau lebih dari itu..
Kau cerminan diriku..


Duhai yang bernama hati..
Kentallah dikau sayang..
Kerna aku bergantung padamu
Dan Engkau sentiasa dipandang Dia
Jangan Engkau biarkan Dia menjauh dari memandangmu


Duhai yang bernama hati
Rendahkanlah egomu di hadapan Dia
Bicaralah dengan Dia sentiasa
Kerna aku menuruti bicaramu
Kerna aku mempercayaimu


Duhai yang bernama hati
Di mana Dia Engkau letakkan..
Merafak sembahlah pada Allah..
Dia yang menjadikanmu..
Letakkanlah Dia di tempat yg paling tinggi
InsyaAllah.. yang lain akan hadir menbuntuti


Duhai yang bernama hati..
Usah terlalu dilayan denyut rindumu itu
Kerna kau punya misi besar di depan sana
Usah terlalu ditagih pada yang belum pasti
Kelak kau akan hancur bagai debu..
Usah terlalu mengharap pada yang memberi
Kelak ku takut kau dilukai
Berpadalah dalam berjanji..
Kelak ku takut kau remuk dikhianati
Bersabarlah sayang..
Masanya pasti tiba


Duhai yg bernama hati..
Aku tahu, kau punya parut-parut luka yang telah berlalu
Dan kadang kala tercarik kembali
Kau luka lagi..
Tapi kau tahu kan sayang..
Itu tandanya Dia mengingatkanmu..
Agar tak lena diulit mimipi
Agar tak hanyut dibuai naluri
Zikir padaNya selalu..


Duhai yang bernama hati..
Kadangkala aku palitkan tompok-tompok hitam padamu
Maafkan aku sayang..
Kau dan aku perlu bersatu membersihkannya kembali
Jangan dengar bisikan syaitan yg menghampirimu
Abaikan pujuk rayu nafsu yang mengikutimu
Kau punya kekuatan tersendiri
Masakan tidak, keranamu aku masih mampu bertahan hingga saat ini


Duhai yang bernama hati
Pimpin tanganku kepadaNya
Kita sama-sama mencari Dia
Akanku sentiasa tempatkan Dia padamu
Dan ingatlah hati..
Tidak ada sesiapa yang akan mampu mengambil Dia darimu
Dialah yang tertinggi..

7 January 2013

Empat Pelajar UTeM Kemalangan

"Perumpamaan orang mukmin itu seperti satu anggota tubuh. Jika satu anggota tubuh itu sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut berjaga malam kerana merasai kesakitan itu"
Mafhum Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk makluman sahabat semua, dalam lingkungan jam 10.30 malam tadi (6 Januari 2013) sebuah kemalangan jalan raya telah berlaku di kawasan sekitar Masjid Tanah yang melibatkan empat orang sahabat muslimat daripada UTeM. 

Mereka yang terlibat adalah saudari Tasnim bt Kamardin @ Kamaruddin, Wan Norsolehah bt Gaberan, Azizue Hasnie bt Abd Zubair dan Siti Hajar bt Ahmad Sabir. Mereka merupakan sahabat tahun 1 yang kini sedang sama-sama menghadapi peperiksaan akhir. Walaupun mereka semua selamat, namun salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang agak parah iaitu saudari Siti Hajar.

Menurut pakar, beliau mengalami keretakan di bahagian tulang belakang, tisu saraf tunjangnya koyak dan kedua-dua kaki beliau patah di mana keberangkalian untuk lumpuh adalah sebanyak 90%. Kini beliau sedang ditempatkan di ICU Hospital Besar Melaka dan masih menunggu masa untyuk menjalani pembedahan. 

Perbelanjaan bagi pembedahan dijangka melebihi RM12 000 kerana untuk memasukkan besi di bahagian tengkuk sahaja doktor menjangkakan memakan hampir RM12k dan ini tidak termasuk kos pembedahan keseluruhan dan besi untuk kaki beliau lagi. 

Oleh itu, dengan rendah hatinya kami memohon bantuan doa, solat hajat dan kewangan daripada sahabat sekalian bagi sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini kerana mereka sememangnya amat mengharapkan ia daripada kita semua. Bagi sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan, di sini ana sertakan nombor akaun waris saudari Hajar untuk memudahkan urusan sumbangan kewangan dilakukan.

Maybank: 154101189392 (atas nama Noraini bt Che Mat-Bonda Siti Hajar)
No H/P: 013 6919366 

Semoga usaha kita dalam membantu meringankan beban sahabat yang lain akan diberkati oleh Allah.
Terbitkan rasa ehsan dari sanubari, jelmakan keprihatinan dengan memberi.


ISIS KAI UMT mengucapkan takziah kepada semua mangsa. Semoga tabah mengahadapi ujian ini.

6 January 2013

Isu Semasa: Mahasiswi UM Hilang

Siti Shahira Zakaria, Pelajar Tahun 1 FSKTM (Universiti Malaya) yang dipercayai hilang

Hari ini kita lihat kes tentang kehilangan pelajar terutama mahasiwi semakin menular. Hal ini mungkin disebabkan oleh kecuaian pelajar itu sendiri atau atas faktor-faktor keselamatan yang lain. Baru-baru ini seorang pelajar Universiti Malaya, Siti Shahira Zakaria, pelajar tahun 1 FSKTM Universiti Malaya yang merupakan  Penghuni Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya telah dilaporkan hilang dan sehingga hari ini masih tidak dijumpai.

Difahamkan kakak kepada Siti Shahira Zakaria telah menghantarnya pulang ke Kolej Kediaman Ketiga UM kira-kira dalam jam 9 malam. Sesampai sahaja di kolej, beliau meminta kakaknya membawanya ke Mesin Atm (Bank Islam) di UM. Namun disebabkan kekalutan kerana ingin menyediakan persiapan persekolahan anak, kakaknya meminta beliau pergi sendri ke sana.

Dan pada mlm 3/1/2013, kakak beliau datang ke bilik untuk berjumpa dengan adiknya kerana telefon bimbitnya tidak dijawab berkali-kali. Ahli sebiliknya juga mengatakan bahawa beliau tidak pulang sejak sekian lama. Keadaan menjadi semakin cemas, tetapi ada orang yang ternampak kelibatnya pada pagi 2/1/2013 di surau kolej. Pada malam 3/1/2013, 'spot check' telah dilakukan di setiap blok perempuan kolej oleh pihak kolej dan soal selidik dilakukan terhadap rakan dan rakan sebilik beliau. Dan pada (4/1/2013), satu sesi solat hajat telah dilakukan di masjid IPG. Sehingga kini, beliau masih dalam pencarian. Pihak atasan (HEP) sudah dimaklumkan dan kawalan di UM sedang diperketatkan.

Hal ini menjadi kerisauan buat semua pelajar. Maka kita sebagai mahasiwi secara khususnya, hendaklah menjaga keselamatan kita ketika berada di luar kawasan asrama. Jangan terlalu mudah percaya dan ikut orang yang baru kita kenali. Akhir sekali, banyakkan berdoa supaya sentiasa dilindungi ALL

Oleh itu, kami ISIS KAIUMT memohon rakan-rakan mahasiswi yang mempunyai maklumat tentang pelajar ini untuk tampil kehadapan memberikan maklumat agar pelajar ini berjaya ditemui. Marilah kita sama-sama berdoa agar Siti Shahira Zakaria berjaya dijumpai dalam keadaan yang baik.

Disini disediakan nombor telefon sekiranya ada antara kita yang mempunyai maklumat tentang beliau. 0169345286 (ibu mangsa) dan 0132997954(bapa mangsa).

Wallahu’alam.

4 January 2013

Isu Semasa: Isu Wanita, Isu Sensitif

http://s1.reutersmedia.net/resources/r/?m=02&d=20121228&t=2&i=689126836&w=460&fh=&fw=&ll=&pl=&r=CBRE8BR1T1A00
Wanita- wanita di India bangkit menuntut hak mereka

Kecewa terhadap pemerintah dalam menangani kes pemerkosaan yang terus memakan korban, ratusan wanita, warga India bangkit membantah dan berhimpun di New Delhi. Luka makin berdarah apabila berlaku tindakan kejam sekumpulan lelaki merogol dan memperlakukan seorang pelajar wanita jurusan perubatan India sehingga menyeksa emosi dan fizikal pelajar wanita tersebut hingga meninggal dunia.

Insiden bertarikh 29 Disember 2012 yang berlaku menempelak dan membuka mata wanita dan rakyat di seluruh dunia. Ia juga telah mencetuskan kebangkitan wanita tidak kira latar belakang agama dan bangsa. Desakan terhadap kerajaan dalam meningkatkan perlindungan hak ke atas kaum wanita dan perlaksanaan undang-undang adil perlu diutamakan bukan sekadar retorika. 

Mangsa rogol oleh 6 lelaki mabuk di India
Wanita seharusnya dipelihara kerana wanita juga mampu untuk membawa perubahan dalam negara. Hak wanita harus ditegakkan. Dengan berlakunya insiden ini, membangkitkan semangat wanita untuk menegakkan hak sebagai wanita. Isu sebegini tidak patut dipandang enteng malahan ianya perlu menjadi satu isu yang besar. Sedangkan Nabi juga terlalu memandang tinggi terhadap wanita. Hadirnya ISLAM membawa perubahan terhadap wanita. Wanita yang pada zaman jahiliyyah dijadikan hamba abdi, di bununh walaupun baru dilahirkan kerana takut membawa keburukan. Namun, hadirnya ISLAM membawa perubahan secara holistik. Wanita diberi peluang untuk belajar tentang islam. Malahan, keberjayaan seseorang individu sering dikaitkan dengan wanita. Sudah terang lagi bersuluh, wanita bukan calang-calang orang yang boleh dipandang enteng.
Untuk itu, saya juga ingin mengingatkan kepada semua wanita di luar sana agar berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Antara tips yang boleh saya kongsikan ialah:

  • ·         Niat yang baik untuk keluar rumah
  • ·         Elakkan keluar diwaktu malam sehingga pulang terlalu lewat
  • ·         Digalakkan untuk keluar berteman (yang halal)
  • ·         Baca ayat qursiy. Letakkan pergantungan penuh kita pada ALLAH ta’ala.
“Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali dia. Dan jika ALLAH mengkehendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnianNya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang DIA kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.”  
(Surah Yunus: 107)

Oleh itu, ISIS KAI UMT menyeru kepada seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi wanita, rakyat Malaysia dan juga rakan-rakan mahasiswi sama-sama bersuara menyatakan kecaman terhadap episod hitam yang berlaku. Jika seorang wanita dizalimi, isu ini harus terpalit juga pada diri kita kerana isu wanita, isu sensitif. Jaga diri, jaga perlakuan. Semoga ALLAH lindungi kita.

Wallahu’alam.

Siti Aishah Binti Ismail
Timbalan Pengerusi ISIS