23 March 2013

Isu Asrama Mahasiswi: Penjelasan Daripada Wakil Majlis Kolej Siswa


Alhamdulillah. Pada petang 22 Mac 2013, Ikatan Siswi (ISIS) KAI UMT telah mengadakan perbincangan bersama wakil Majlis Kolej Siswa (MKS), saudari Norsoraya Azurin Bt Wahir (Exco Aduan dan Kebajikan MKS), saudari Nur Bazilah Bt Basri (Keselamatan dan Kesihatan MKS) serta wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar, saudari Siti Nur 'Afifah Bt Sariat (Setiausaha 1 MPP) berhubung isu pegawai asrama memasuki bilik asrama mahasiswi atas alasan 'spotcheck' barang terlarang. ISIS KAI UMT diwakili oleh Saudari Siti Aishah Bt Ismail (Timbalan Pengerusi ISIS), saudari Shakinah Bt Sholehuddin (Setiausaha ISIS), dan Siti Nurfatehah Bt Othman (Bendahari ISIS).

Seperti yang sedia maklum, isu pegawai asrama memasuki asrama mahasiswi telah mendapat perhatian ramai pihak. Hal ini sekaligus telah mengundang ketidak puasan hati para mahasiswi atas tindakan pegawai asrama tersebut yang seolah- olah tidak menghormati hak seorang mahasiswi. Beberapa masalah dan rungutan mahasiswi telah dibawa ke dalam perbincangan, antaranya ialah:
  1. Masa yang tidak sesuai membuat 'spotcheck' (11malam - 1.30pagi), kerana pada waktu tersebut ramai pelajar sudah tidur.
  2. Membawa masuk staf lelaki bersama dalam pemantauan tersebut.
  3. Etika staf lelaki pada waktu kejadian, dimana ada staf yang meninggikan suara pada mahasiswi.

Menurut wakil MKS, saudari Norsoraya Azurin, 'spotcheck' yang dibuat pada malam tersebut adalah dibawah tanggungjawab pihak pengurusan Kolej Siswa Sheikh Abdul Malek (SAM) dan pihak MKS sendiri tidak langsung terlibat dalam 'spotcheck' tersebut. Tambahnya, pemantauan di setiap kolej kediaman perlu bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mahasiswa/i terjaga sekaligus penghuni kolej kediaman mematuhi setiap peraturan yang telah diwartakan. 

Menurutnya, 
  1. masa 'spotcheck' yang dibuat pada waktu tersebut kerana hanya pada ketika itu sahaja semua pelajar boleh dikatakan berada dibilik masing- masing. 
  2. Staf lelaki dibawa masuk bersama dalam 'spotcheck' dari bilik ke bilik adalah kerana pihak pengurusan KSAM sendiri tidak mencukupi bilangan staf wanita untuk menjalankan pemantauan pada malam tersebut. 
  3. Mengenai etika dan adab staf yang meninggikan suara tersebut, perkara ini akan dipanjangkan ke Pengetua Kolej Siswa SAM oleh MKS.

Diharap dengan penjelasan yang dibuat ini, para mahasiswi sudah jelas dengan penjelasan yang dibuat oleh MKS. Yang di-Pertua MKS iaitu saudara Muhammad Taufiq Ismail juga sudah mengeluarkan kenyataan di dalam For-UMT berkenaan isu ini. Saudari Norsoraya Azurin juga menegaskan didalam pertemuan ini bahawa sebarang masalah atau aduan mengenai kolej siswa boleh terus merujuk wakil- wakil MKS untuk mereka mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kami di pihak ISIS, mengharapkan MKS membawa isu ini ke pihak atasan untuk diambil perhatian serius dan semoga kejadian ini tidak lagi berulang pada masa akan datang. Bagi ISIS hak mahasiswi haruslah dijaga dan jangan dipandang enteng akan kejadian ini.

22 March 2013

Isu Pegawai Asrama Memasuki Bilik Asrama Mahasiswi


Assalamualaikum,

Berdasarkan isu yang berlaku malam semalam, kes kediaman mahasiswi yang diceroboh masuk oleh pegawai asrama atas alasan untuk mengadakan ‘spot check’ adalah tidak wajar sama sekali.  Kami dipihak ISIS KAI UMT berasa terkilan atas kejadian yang berlaku kepada mahasiswi dan kami mengecam tindakan tersebut.

Keadaan masa yang tidak sesuai dan individu yang berlainan jantina melakukan ‘spotcheck’ tersebut memang tidak boleh diterima. Kes ini boleh dikatakan menceroboh hak mahasiswi. Kemasukan secara tiba-tiba oleh pegawai lelaki sangat tidak boleh diterima. Bagaimana keadaan mahasiswi pada waktu tersebut yang dikatakan, diarahkan membuka pintu dengan segera oleh seorang lelaki yang bukan muhrim. Pada waktu aurat tidak terpelihara hal ini amat tidak wajar dan amat dikesalkan

Tidak salah untuk melakukan ‘spot check’, namun biarlah pada masa yang sesuai dan individu yang sesuai. Di harapkan selepas ini,hal ini tidak berulang lagi. Selepas ini diharapkan agar wakil MKS wanita yang menjalankan ‘spotcheck’ ini bagi bilik mahasiswi, bukan lagi pegawai lelaki.

ISIS KAI UMT mohon pada pihak yang berkenaan agar memberi penjelasan dan memohon maaf atas perkara yang berlaku. Isu pencabulan hak adalah tidak wajar sama sekali. Hak mahasiswi harus dijaga.

Sekian.

12 March 2013

Hari Wanita Sedunia: Kau Mawar, Inspirasi Hidupku

ISIS KAI UMT dengan kerjasama SIGMA GAMIS Terengganu telah menganjurkan satu program bersama masyarakat setempat di Pasar Malam Selasa pada 12 Mac 2013.



ISIS KAI UMT dan SIGMA GAMIS Terengganu menyantuni masyarakat setempat.


Speaker corner dengan tema; 'Kau Mawar, Inspirasi Hidupku' oleh Timbalan Pengerusi ISIS KAI UMT merangkap Pengerusi SIGMA GAMIS Terengganu, Siti Aishah Binti Ismail dan Biro Personaliti ISIS KAI UMT, Nurul Sakinah Bt Mohd Sofiuddin.


\Barisan kepimpinan ISIS KAI UMT dan SIGMA GAMIS Terengganu.



Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

ISIS KAI UMT mengucapkan Selamat Hari Wanita 
kepada semua wanita di seluruh dunia. 

Terus hayunkan langkahmu wahai wanita, jangan menganggap dirimu lemah 
kerana tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

8 March 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia



Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah pada hari ini kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kerana lahir sebagai wanita. Wanita adalah seorang individu istimewa yang diangkat martabatnya selepas golongan jahiliyyah dahulu merendahkan martabat wanita dan mengganggap wanita hanya sebagai seorang hamba semata. Sehingga mereka sanggup membunuh bayi wanita yang baru lahir dengan menanam mereka hidup-hidup. Datangnya islam menunjukkan cara sebenar melayan seorang wanita yang mana menunjukkan peri pentingnya wanita dalam kehidupan seorana insan. Wanita sebagai anak, ibu, isteri dan nenek adalah merupakan fungsi yang paling istimewa.

Bertepatan pada hari ini, 8  Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia. Wanita perlu diberi hak yang sama pada sesetengah perkara sebagai contoh hak pendidikan, bekerja dan sebagainya. Adakalanya berlaku diskriminasi terhadap wanita hanya kerana dianggap wanita adalah lemah. Namun biasa kita dengar wanita yang menghayun buayan bisa menggoncang dunia. Hebat bukan? Bisa menggoncang dunia.

Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh terbaik dalam layanan baginda terhadap wanita. ALLAH mewajibkan wanita untuk menutup aurat bukan untuk membebankan namun sebagai cara menunjukkan wanita itu istimewa. Sesuatu yang berharga dan disayangi perlu dilindungi.

Sebagaimana hadis baginda:
Sebaik- baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” (Riwayat Abu Asakir)

Justeru itu, bersempena Hari Wanita Sedunia ini, saya mahu mengajak rakan-rakan mahasiswi sekalian untuk bersama-sama kita bergerak kearah kehidupan yang lebih bermatlamat. Fokus kepada perkara yang sepatutnya. Kita sebagai mahasiswi perlu banyakkan pembacaan dan berfikir ke hadapan. Kita juga merupakan golongan pewaris masa hadapan yang mana kejayaan pada masa hadapan juga terletak di tangan kita yang menentukannya.

Sekian.wallahu’alam.

Siti Aishah Binti Ismail
Timbalan Pengerusi ISIS KAI UMT