13 November 2013

PENGIKTIRAFAN ISLAM TERHADAP WANITA

PENGIKTIRAFAN ISLAM TERHADAP WANITA

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t...

Aduhai puteriku sayang...

Sungguh tinggi dan mulianya wanita di sisi Islam. Wanita dijaga dan dipelihara sebaiknya jika dibandingkan dengan kedudukan wanita pada zaman Jahiliyyah. Wanita diperlakukan sesuka hati menurut hawa nafsu mereka, ditindas dan diperlekehkan. Namun setelah kedatangan Islam, semua belenggu yang merendahkan wanita itu dihancurkan. Kehormatan dan nilai-nilai kemanusiaan wanita pun dikembalikan. Wanita ditempatkan sebagai makhluk merdeka dan mulia.

Artikel ini akan membahaskan tentang keberadaan Islam dalam mengembalikan hak-hak kaum wanita yang sebelumnya pernah dirampas dan penghargaan sebenar syariat Islam terhadap kaum wanita.

Menurut Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur, bentuk penghormatan Islam terhadap wanita dapat diringkaskan kepada beberapa aspek berikut:
1.   Islam menyambut baik kelahiran bayi perempuan. Islam menegaskan bahawa hak untuk hidup merupakan anugerah Allah bagi setiap manusia, baik lelaki mahupun wanita. Allah berfirman:

“Dia memberikan anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki kepada siapa saja yang dikendaki-Nya.”
(Al-Syura, 42:49) 
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah menegaskan, Allah telah mengutamakan suatu hal yang dulu pernah direndahkan masyarakat Jahiliyyah, iaitu berhubung anak perempuan yang suka mereka kuburkan hidup-hidup. Islam tidak sekadar memerintahkan seorang muslim menjauhi perbuatan mengkubur bayi perempuan, tetapi juga berupaya meraih darjat luhur kemanusiaan.

2.  Anjuran mengadakan akikah untuk anak perempuan. Akikah bagi setiap anak yang lahir, lelaki mahupun wanita, termasuk dalam sunnah Rasulullah S.A.W.
3.  Memberi nama yang baik. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Umar mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Ashiyah (yang bermaksiat), lalu Rasulullah S.A.W menggantikan namanya dengan Jamilah (yang cantik).

Selain itu, memberikan nama jolokan atau gelaran merupakan sesuatu yang terpuji. Al-Nawawi mengatakan, “Dianjurkan memberikan nama jolokan kepada orang-orang mulia atau yang sedarjat dengannya. Rasulullah S.A.W sendiri dijoloki Abu al-Qasim (ayahnya Qasim), yang dinisbahkan kepada anak baginda, Qasim.”

4.  Memberikan bahagian waris. Bukan saja lelaki, wanita juga berhak mendapatkan bahagian waris sesuai dengan ketetapan Allah. Allah berfirman:
“Bagi lelaki ada hak bahagian harta peninggalan ibu bapa dan keluarganya, dan bagi wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa dan keluarganya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.”
(An-Nisa, 4:7) 
5.  Menjaga dan mendidik anak perempuan sedari kecil dan tidak membezakannya dengan anak lelaki. Tabrani meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa mempunyai anak perempuan, lalu dia mengajarnya budi pekerti dan mendidiknya dengan baik, memberinya rezeki yang telah Allah anugerahkan kepadanya, anak itu kelak menjadi perisai dan pelindung dirinya dari api neraka.”
6.  Memberikan perhatian dan hak pendidikan kaum wanita sama seperti lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa memiliki seorang anak perempuan, kemudian tidak menanamnya dalam kubur, tidak menghinakannya, dan tidak memandangnya sebelah mata maka Allah akan memasukkan dirinya ke syurga.”
7.  Menghormati mereka dalam tarafnya sebagai isteri. Allah S.W.T memerintahkan para suami agar menggauli isteri dengan baik:

“Gaulilah isteri-isteri kamu dengan pergaulan yang baik.”
(An-Nisa, 4:19)
Rasulullah S.A.W bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah yang berbuat baik pada keluarganya, dan aku adalah sebaik-baik orang di antara kamu yang berbuat baik kepada keluarga.”

8.  Kedudukan seorang ibu berbanding ayah. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, suatu ketika ada seorang lelaki datang dan bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak mendapatkan perlakuan baik daripadaku?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Lelaki tadi bertanya lagi, “Lalu siapa seterusnya?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Baginda menjawab sama, “Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Ayahmu.”
Rasulullah S.A.W menegaskan, keredhaan seorang ibu merupakan tiket masuk syurga.

Subhanallah...
Beruntunglah wahai puteriku sayang...
Begitulah kedudukan wanita yang amat tinggi di sisi Allah.
Ayuh sama-sama kita rafa’kan rasa syukur buat Yang Esa.                                           
Yakinlah wahai puteriku..
Kepada Rabb yang mencipta segala bentuk keindahan yang ada pada wanita. Janganlah disiakan keindahan tersebut.
Siramilah ia dan suburkanlah ia dengan teras keimanan yang kukuh..
Wallahu a’lam.

Rujukan: Fiqh Wanita Menurut al-Quran dan as-Sunnah, Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur.

menjadi.....

4 November 2013

Rujukan:
Fiqh Wanita Menurut al-Quran dan as-Sunnah, Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur.

3 November 2013

Ziarah ISIS

Assalammualaikum Wbt.

Ziarah Mangsa Kemalangan Jalan Raya

Pada petang 2 November 2013, Sabtu, ISIS KAI UMT yang terdiri dari Pengerusi ISIS, Saudari Nurul Sakinah, Timbalan Pengerusi ISIS, saudari Zaiimah Rozman dan Setiausaha ISIS Fathia Azalin telah menziarahi seorang pelajar UMT yang mengalami kemalangan jalan raya dan kejadian pecah masuk rumah. 

Mangsa yang terlibat adalah Saudari Siti Nurul Umira Binti Mohd Sabari, pelajar Kimia Analisis dan Persekitaran tahun 2 dan Saudari Puteri Khairunnisa Asilah Bt Megat Mazni, pelajar Teknologi Lepas Tuai Tahun 2. Mereka adalah rakan sebilik dan ketika ziarah ISIS, saudari Puteri Khairunnisa dikatakan telah pulang berehat di kampung halamannya di Pekan, Pahang. Menurut Saudari Umira yang menjadi pembonceng kepada Saudari Khairunnisa ketika kejadian berkata, kejadian berlaku pada malam 31 Oktober 2013 ketika mereka  dalam perjalanan pulang dari bandar Kuala Terengganu dan berhenti seketika di bahu jalan untuk melihat barangan yang dibeli. Tanpa di sedari, kereta yan sedang laju melanggar mereka dari arah belakang menyebabkan Saudari Umira melambung di atas kereta dan melihat rakannya terdampar tidak sedarkan diri di tepi jalan. Saudari Umira mendapat jahitan di dagu, sakit di bahagian pinggang manakala Saudari Khairunnisa pula disahkan terdapat retakan di tempurung kepala dan sehingga semalam menghadapi muntah darah. Pihak ISIS memohon jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan kesihatan dan kesembuhan keapada sahabat kita yang ditimpa musibah dan ujian oleh Allah ini.

Pecah Masuk Rumah

Pecah masuk rumah, kejadian bahaya yang dihadapi oleh sebuah rumah mahasiswi UMT di kawasan Pak Tuyu. Alhamdulillah, pada hari yang sama lawatan pelajar kemalangan, wakil ISIS KAI UMT telah berkesempatan menziarahi mangsa dan mendapatkan infomasi berkenaan kejadian tersebut.  Menurut saudari Zaidatul Akma yang merupakan salah seorang mangsa, kejadian pecah masuk rumah ini berlaku pada 31 Oktober 2013, kira-kira pada jam 4.30 pagi. Pada waktu tersebut, semua ahli rumah sedang tidur dan turut ada beberapa orang ahli rumah yang tersedar dari tidur akibat bunyi bising gegaran pintu dari luar rumah. Namun, hanya satu bilik sahaja yang berjaya dimasuki dan mangsa dikatakan sedang tidur dan tidak sedar sepanjang kejadian itu berlaku. Mangsa kehilangan telefon bimbit dan dompet.

pengerusi ISIS dan timbalan pengerusi ISIS bersama mangsa
 Sesungguhnya, setiap yang berlaku ke atas umat manusia telah ditetapkan olehNya dan kita sebagai manusia haruslah redha, sabar dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Namun, setiap dari kita punya kewajipan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada tambahan lagi ketika di jalan raya. ISIS mengucapkan takziah dan semoga diberi kesabaran dan ketabahan kepada mereka berdua. Amin.