Labels

ISIS (13) WANITA (13) PIMPINAN (9) PENA PIMPINAN (8) ISU SEMASA (7) KAMPUS (7) BERITA (4) PERSONALITI (4) GAMIS (3) PROGRAM (3) SPIRITUAL (3) EXAM (2) SAHABAT (2) SIGMA (2) VIDEO (2) SIRAH (1)
Showing posts with label SPIRITUAL. Show all posts
Showing posts with label SPIRITUAL. Show all posts

11 December 2013

kongsi


"Kawan baik saya tidak menutup aurat, bagaimana nak nasihatinya?" ----- Jika bukan kawan baik, nanti dulu. Jika kawan baik aka BFF maka hampirilah dia. Pegang tangan dan mulakan bicara lembut. Minta maaf dulu. Sopan santun. "Nak dengar tak satu cerita?" "Dulu, ada seorang wanita arab Islam. Bertutup muka dan berhijab penuh. Kerjanya membawa susu untuk dijual di pasar Bani Qainuqa'. Suatu hari, kaum Yahudi terlihatnya dan berniat jahat untuk mengusik hijabnya. Hari itu, muslimah itu singgah dekat dengan sebuah kedai emas. Tukang emas dengan sengaja mengambil hujung bajunya kemudian diikat ke belakangnya. Ketika wanita itu bangkit berdiri, maka terselaklah kainnya. Kaum Yahudi ketawa terbahak-bahak. Puas hati dapat malukan seorang wanita Islam. Lalu, wanita itu berteriak, lantas seorang hero Muslim yang ada berhampiran datang menerjah dan menyerang tukang emas itu. Hero tersebut akhirnya berjaya membunuh tukang emas Yahudi! Kaum Yahudi ketika itu mengepung, mengikat dan menyeksa hero tadi sehinggalah beliau syahid. Allahuakbar. Apabila hero tu syahid, datanglah kaum muslimin untuk membalas penganiayaan terhadap kaum Yahudi sehinggalah tercetus di dalam sejarah Islam, Perang Bani Qainuqa' (sila semak sirah untuk lebih details dan tepat). Allah. Demi mempertahankan aurat, maruah dan kehormatan seorang wanita Islam, umat Islam dulu sanggup syahid terkorban. Tetapi kita pada hari ini, senang-lenang membukanya demi dilihat mata ajnabi dan bukan Islam. Belum terlambat. Mari perlahan-lahan berubah bersama-sama." Peluk sahabat kamu dan minta maaf. Nyatakan hajat kamu betul2 mahu ajak dia sama-sama menuju Syurga. Memang kita belum pasti ahli Syurga. Namun, kita boleh pastikan kita tidak berada di laluan menuju ke Neraka.


oleh: Rusydi Art

2 December 2013

Berpagi-pagi Dengan Iman



|Berpagi-pagi dengan iman|

Sebaik hiasan di dunia adalah wanita solehah, kejadian mu dari adam dengan penuh rahsia, hanya Allah tahu kelebihan yang ada pada mu, hawa jadi lah kamu muslimah solehah, mukminah, yang mendamba kan cinta Allah, yang sentiasa memburu syahid di jalan Nya, wahai muslimah, jadi lah kamu ketua bidadari di syurga kelak, hebat kan diri mu sampai membuat kan bidadari di syurga cemburu akan kemuliaan yang ada pada mu wahai muslimah...

Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang sholehah. (HR. Muslim)

24 January 2013

Nikmat Umat Nabi Muhammad SAW


Alhamdulillah. Subhanallah. Syukur masih diberi nafas dan kesempatan untuk merasa nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah, kita telah pun memasuki bulan Rabi’ul Awal 1434H. Harapan saya sahabat-sahabat tidak lupa akan tarikh keramat di mana diutuskan seorang Rasul yang memberi rahmat untuk sekalian alam iaitu lahirnya Baginda Muhammad pada 12 Rabi’ul Awal, Tahun Gajah. 

Ingin saya kongsikan sedikit kisah yang saya peroleh dari sebuah buku yang berjudul Uswatun Hasanah karya Haddad Alwi.

**********

Wahab bin Munabbih mengisahkan, ketika Nabi Musa membaca kandungan ayat-ayat Taurat, terlihat olehnya kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Beliau berkata, "Ya Tuhanku, siapakah gerangan umat yang dirahmati seperti yang kudapati dalam ayat-ayat ini?"

Maka Allah menjelaskan, "Mereka itulah umat Muhammad SAW. Mereka rela dengan sedikit rezeki yang Aku berikan, maka Aku pun rela dengan amalan yang sedikit daripada mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga dengan kesaksian la ilaha illallah!"

Nabi Musa kembali mengadu kepada Allah, "Aku dapati dalam ayat-ayat ini, satu umat yang akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bercahaya laksana bulan purnama. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"

Lalu Allah SWT menegaskan, "Mereka itu adalah umat Muhammad SAW. Aku bangkitkan mereka itu pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bersinar dan bercahaya disebabkan dari bekas-bekas wuduk dan sujud mereka."

Lalu Nabi Musa kembali berkata, "Aku dapati dalam ayat ini satu umat yang mengerjakan solat lima kali sehari semalam, puasa di Bulan Ramadhan kerana Mu, menunaikan haji ke Baitul Haram kerana Mu, menyerukan perbuatan yang makruf dan mencegah perbuatan mungkar, menyimpan kitab suci di dada mereka, sehingga terbukalah pintu-pintu langit dan turunlah rahmat bagi mereka. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"
  
Allah SWT lalu berkata, "Mereka itu adalah umat Muhammad SAW"
  
Tidak hanya itu, Nabi Musa kembali berkata, "Ya Allah, Engkau sudah anugerahkan segala kebaikan kepada Ahmad ( Muhammad) beserta umatnya, maka jadikanlah aku sebagai umat Muhammad SAW!"

Maka Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-Araf;144
Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), Dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan Dengan KalamKu; oleh itu, Terimalah apa Yang Aku kurniakan kepadaMu, dan Jadikanlah dirimu dari orang-orang Yang bersyukur". 

Begitu lah kisahnya betapa kita perlu, mesti, dan wajib BERSYUKUR menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Betapa beruntungnya kita sebagai umat Muhammad SAW sehingga Nabi Musa yang memang seorang nabi pun ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW, sedangkan Nabi Musa sudah pun dijamin masuk syurga dan banyak lagi kelebihan Nabi Musa berbanding kita yang hanya insan biasa tapi bezanya kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Subhanallah.

Siti Nurfatehah Binti Hj Othman
Biro Spiritual ISIS KAI UMT
Bendahari II Kelab Amatur Intelektual