31 December 2012

Timbalan Pengerusi ISIS kini Pengerusi SIGMA Terengganu


Timbalan Pengerusi ISIS KAI UMT juga merangkap Naib Presiden II Kelab Amatur Intelektual, saudari Siti Aishah Binti Ismail telah dilantik oleh GAMIS sebagai mewakili NGO GAMIS negeri Terengganu bagi menggalas tugas menggerakkan mahasiswi dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat Terengganu. 

Tahniah diucapkan kepada saudari Siti Aishah Binti Ismail diatas pelantikan sebagai Pengerusi SIGMA GAMIS Terengganu.

*SIGMA - Sinergi Gerakan Mahasiswi

30 December 2012

Tips Peperiksaan


 
Sumber: Tumblr
 Salam buat semua mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu. Semoga mahasiswi sekalian berada dalam keadaan sihat dan mendapat lindunganNya. Saya yakin mungkin semua mahasiswi sedang sibuk dengan persiapan untuk meghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi tidak lama lagi. Saya doakan semoga urusan kita semua dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan nanti. Semoga kita berjaya dunia dan juga akhirat.

Saya pasti setiap daripada kita ingin merangkul kejayaan yang cemerlang dalam lapangan ilmu. Oleh itu, janganlah kita lupa amalan-amalan yang boleh membawa kita kepada kecemerlangan dunia juga akhirat.
  • Janganlah sesekali lupa hubungan kita dengan ALLAH iaitu doa kerana doa itu senjata orang mukmin. Oleh itu berdoalah selalu kerana ALLAH berfirman berdoalah, nescaya akan ku perkenankan.
  • Jangan lupa juga untuk memunaikan solat hajat. Mohonlah sebanyak mungkin hajat padaNya.
  • Selain daripada itu, janganlah kita lupa terhadap insan tercinta. Jangan salah faham, bukan kekasih hati yang kita dambakan akan tetapi kekasih hati dunia akhirat iaitu kedua ibu bapa kita. Jagalah akhlak kita dengan ibu bapa iaitu dengan memohon restu dan doa daripada mereka kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Mohon mereka doakan kita supaya mudah urudan kita.
  • Amalkan surah al-insyirah dan surah an-nas. Supaya dilapangkan kati dan dielakkan daripada was-was.
  • Semasa mula untuk masuk ke dewan peperiksaan mulakan dengan langkah kanan dan berdoalah.
  • Jawab dengan tenang.
Pokok pangkalnya, adalah kebergantungan kita sepenuhnya pada ALLAH, andai ditakdirkan keberjayaan kita atau tidak itu adalah terbaik buat kita. Lambat atau cepat segalanya adalah ketentuan dariNya. Redhalah kerana pasti ada hikmah disebaliknya.

Akhirnya, saya mewakili pimpinan ISIS KAIUMT ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. semoga usaha kita dipandang olehNya.
Wasalam

~JoMMuHAsABahjOmberUBAH~

Siti Aishah Binti Ismail
Timbalan Pengerusi ISIS KAI UMT

29 December 2012

Salam Imtihan Mahasiswi UMT



Barisan kepimpinan ISIS KAI UMT mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua  mahasiswi ijazah sarjana muda Universiti Malaysia Terengganu. Semoga kita semua memperoleh kejayaan yang cemerlang dan seterusnya dapat melangkah ke gerbang yang ingin dituju dengan jayanya. InshaaAllah.

Usaha yang jitu dan doa sebagai bekalan antara elemen terpenting dalam mencapai kejayaan yang cemerlang. Usaha tanpa doa dianggap sombong dan doa tanpa usaha akan menjadi sia- sia. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan dan dirahmati Allah SWT.

Bittaufiq wannajah.

28 December 2012

Apa Itu ISIS KAI UMT?



Ikatan Siswi Kelab Amatur Intelektual, Universiti Malaysia Terengganu juga dikenali sebagai ISIS KAI UMT ditubuhkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Amatur Intelektual pada sesi 2011/2012 yang lalu. 

Tujuan penubuhan ISIS KAI UMT ini adalah sebagai platform untuk membawa suara mahasiswi UMT lebih ke hadapan disamping menjaga kebajikan mahasiswi UMT. Selain itu, ISIS KAI UMT juga sebagai agen penggerak dalam mendepani pelbagai isu berkaitan mahasiswi di UMT dan ISIS KAI UMT juga akan menjadi contoh kepada semua mahasiswi ke arah yang lebih baik dalam aspek kerohanian, jati diri dan ilmu pengetahuan. InshaaAllah.

Mahasiswi yang mendaftar sebagai ahli Kelab Amatur Intelektual, secara automatik menjadi ahli ISIS KAI UMT dan mahasiswi yang mendaftar sebagai ahli ISIS KAI UMT, juga secara automatik menjadi ahli Kelab Amatur Intelektual.

ISIS KAI UMT pada sesi 2012/2013 ini diterajui oleh:

Pengerusi: Siti Ainatul Mardhiah Bt Suriadi (SMSM Teknologi Makanan, Tahun 4)
Timbalan pengerusi: Siti Aishah Bt Ismail (SMSM Teknologi Makanan, Tahun 3)

dan dibantu oleh 4 biro iaitu:

Biro Personaliti: 
Nurul Sakinah Bt Sofiuddin (SMSM Teknologi Makanan, Tahun 3)
Zaiimah Binti Rozman (SMS Kimia Analisis dan Persekitaran, Tahun 2)

Biro Spiritual:
Siti Nurfatehah Bt Hj Othman (SMS Matematik Kewangan, Tahun 3)
Salma Husna Bt Mamat (SMT Teknologi Alam Sekitar, Tahun 2)

Biro Kesihatan:
Shakinah Binti Sholehuddin (SMS Kimia Analisis dan Persekitaran, Tahun 3)
Zurhafizah Bt Ghazali (SMA Akuakultur, Tahun 2)

Biro Kebajikan dan Akademik:
Naqiyyu Bazz Bt Ramli (SMS Sains Biologi, Tahun 2)
Nur Sabrina Bt Harun (SMS Sains Kimia, Tahun 2)

Facebook: