11 March 2014

SELAMAT HARI WANITA (^_^)

10/3/2014
Kolej Kediaman
 







video





ALHAMDULILLAH...
 Dikesempatan ini ISIS KAI UMT  mengucapkan selamat hari wanita pada semua wanita :)

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat :) 

16 December 2013

MEMORI 13 DISEMBER


MEMORI 13 DISEMBER



Alhamdulillah, ISIS telah mengadakan Santai Bersama ISIS 2.0

Majlis diisi dengan senamrobik, senaman Tai Chi, Pengisian daripada 

pengarah ISIS dan exco kebajikan Akademik ISIS serta aktiviti Origami Ukhwah.

moga ikatan ukhwah yang terbina terus terjalin mekar hingga ke syurga :)

 hati merasa gembira melihat wajah mu tersenyum ceria... (^_^)  

 Merindui saat bersama 

Gambar tanda kenangan bersama 








11 December 2013

kongsi


"Kawan baik saya tidak menutup aurat, bagaimana nak nasihatinya?" ----- Jika bukan kawan baik, nanti dulu. Jika kawan baik aka BFF maka hampirilah dia. Pegang tangan dan mulakan bicara lembut. Minta maaf dulu. Sopan santun. "Nak dengar tak satu cerita?" "Dulu, ada seorang wanita arab Islam. Bertutup muka dan berhijab penuh. Kerjanya membawa susu untuk dijual di pasar Bani Qainuqa'. Suatu hari, kaum Yahudi terlihatnya dan berniat jahat untuk mengusik hijabnya. Hari itu, muslimah itu singgah dekat dengan sebuah kedai emas. Tukang emas dengan sengaja mengambil hujung bajunya kemudian diikat ke belakangnya. Ketika wanita itu bangkit berdiri, maka terselaklah kainnya. Kaum Yahudi ketawa terbahak-bahak. Puas hati dapat malukan seorang wanita Islam. Lalu, wanita itu berteriak, lantas seorang hero Muslim yang ada berhampiran datang menerjah dan menyerang tukang emas itu. Hero tersebut akhirnya berjaya membunuh tukang emas Yahudi! Kaum Yahudi ketika itu mengepung, mengikat dan menyeksa hero tadi sehinggalah beliau syahid. Allahuakbar. Apabila hero tu syahid, datanglah kaum muslimin untuk membalas penganiayaan terhadap kaum Yahudi sehinggalah tercetus di dalam sejarah Islam, Perang Bani Qainuqa' (sila semak sirah untuk lebih details dan tepat). Allah. Demi mempertahankan aurat, maruah dan kehormatan seorang wanita Islam, umat Islam dulu sanggup syahid terkorban. Tetapi kita pada hari ini, senang-lenang membukanya demi dilihat mata ajnabi dan bukan Islam. Belum terlambat. Mari perlahan-lahan berubah bersama-sama." Peluk sahabat kamu dan minta maaf. Nyatakan hajat kamu betul2 mahu ajak dia sama-sama menuju Syurga. Memang kita belum pasti ahli Syurga. Namun, kita boleh pastikan kita tidak berada di laluan menuju ke Neraka.


oleh: Rusydi Art

4 December 2013

PENA PEMIMPIN : INDAHNYA BAHASA SYURGA!


INDAHNYA BAHASA SYURGA!

 “Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.”(Surah Yusuf :2)

Hubungan Bahasa Arab dengan Islam terlalu rapat sehinggakan Allah menurunkan Al Quran dalam bahasa ini. Seseorang itu pasti akan sentiasa bersemangat untuk mempelajarinya  jika betul-betul memahami akan kepentingan Bahasa Arab dalam kehidupan ini.

Ibnu kathir berkata, ketika menafsirkan surah Yusuf ayat 2 : “Yang demikian itu (bahawa Al -Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab) kerana bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, jelas, luas, dan maknanya lebih mengena lagi sesuai untuk jiwa manusia. Oleh kerana itu kitab yang paling mulia (Al-Qur’an) diturunkan kepada rasul yang paling mulia (Rasulullah SAW), dengan bahasa yang termulia (Bahasa Arab), melalui perantara malaikat yang paling mulia (malaikat Jibril), ditambah kitab inipun diturunkan pada dataran yang paling mulia diatas muka bumi (tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang paling mulia (Ramadhan), sehingga Al-Qur an menjadi sempurna dari segala sisi.”(Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir surat Yusuf).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Berkata: “Sesungguhnya ketika Allah menurunkan kitab-Nya dan menjadikan Rasul-Nya sebagai penyampai risalah (Al-Kitab) dan Al-Hikmah (As-sunnah), serta menjadikan generasi awal agama ini berkomunikasi dengan bahasa Arab, maka tidak ada jalan lain dalam memahami dan mengetahui ajaran Islam kecuali dengan bahasa Arab. Oleh kerana itu memahami bahasa Arab merupakan sebahagian dari agama. Keterbiasaan berkomunikasi dengan bahasa Arab mempermudah kaum muslimin memahami agama Allah dan menegakkan syi’ar-syi’ar agama ini, serta memudahkan dalam mencontohi generasi awal dari kaum Muhajirin dan Ansar dalam keseluruhan perkara.” 
Jika ada kesempatan waktu, belajarlah bahasa Arab, kerana ia sangat membantu kita dalam memahami AGAMA ISLAM.
Moga kita tergolong dalam orang-orang yang Allah berikan kebaikan dalam hidup kita.
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam agama.”                                          (HR Al Bukhari dan Muslim).
InsyaAllah..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tiadaku dambakan cinta selain dariMu,
Setia mengingatiMu setiap detik dan waktu,
Tapi hakikat insan,
Terkadang lalai, terkadang lesu,
Ku rindu untuk sentiasa dalam dakapan RedhoMu,
Moga dengan usaha dan langkah kecilku ini,
Mampu meraih syurga dan redhoMu..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
NUR FATIN NADIA BT CHE SOH
BIRO AKADEMIK DAN KERJAYA
ISIS KAI UMT


3 December 2013

Langkah-langkah keselamatan seorang wanita

Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, 
Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, 
keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum wbt,
 
Terus cakna dan prihatin terhadap mahasiswi. Di pihak ISIS sendiri semakin risau terhadap paparan berita-berita jenayah yang melibatkan kaum hawa yang kini semakin berleluasa.

Ikatan Siswi (ISIS) KAI UMT melahirkan rasa tanggungjawab untuk berkongsi sedikit langkah-langkah keselamatan kepada mahasiswi.

1) Berdoa dan mendekatkan diri dengan Allah.
Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pelindung, dan berlindunglah kita dibawah rahmat dan kasih Allah. Perbanyakkan bacaan doa yang diajarkan Rasulullah SAW :

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Ertinya : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”

2) Mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Pemikiran lelaki dan wanita jauh berbeza, lelaki memandang wanita sebagai pemuas nafsu dan pemberi nikmat sedang wanita memandang lelaki sebagai pelindung dan pemimpin. Jadi, tubuh badan wanita keseluruhannya berpotensi mengundang godaan kepada lelaki dan imaginasi seksual yang meransang sehingga jika lelaki gagal mengawal diri mereka maka yang menjadi mangsa adalah wanita juga. Dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat, ianya mampu menjaga keselamatan diri seseorang wanita.n

3) Mempelajari sedikit sebanyak asas teknik mempertahankan diri.
Terdapat pelbagai seni dalam mempertahankan diri yang boleh dipelajari oleh wanita. Tidak salah untuk seorang wanita mempelajari teknik mepertahankan diri ini, malah ianya dapat membantu sedikit sebanyak ketika berada pada situasi yang memerlukan. Utamanya apabila diserang sebarang bahaya.

4) Semburan lada
Pihak ISIS menyarankan supaya wanita mempunyai alat semburan lada bersama mereka ketika keluar ke tempat-tempat yang jauh dan asing bagi pengetahuan mereka. Alat semburan lada ini mampu membantu seseorang itu pada ketika ianya diserang. Alat ini wajar diperolehi sebagai langkah keselamatan.

5) Elak dari melalui jalan yang sunyi dan berjalan seorang diri.
Sentiasa berteman untuk pergi ke tempat-tempat yang asing dan pastikan teman anda merupakan seorang yang boleh dipercayai.

Moga keselamatan wanita terus terjaga, mahasiswi UMT khususnya. InsyaAllah.