7 January 2013

Empat Pelajar UTeM Kemalangan

"Perumpamaan orang mukmin itu seperti satu anggota tubuh. Jika satu anggota tubuh itu sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut berjaga malam kerana merasai kesakitan itu"
Mafhum Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk makluman sahabat semua, dalam lingkungan jam 10.30 malam tadi (6 Januari 2013) sebuah kemalangan jalan raya telah berlaku di kawasan sekitar Masjid Tanah yang melibatkan empat orang sahabat muslimat daripada UTeM. 

Mereka yang terlibat adalah saudari Tasnim bt Kamardin @ Kamaruddin, Wan Norsolehah bt Gaberan, Azizue Hasnie bt Abd Zubair dan Siti Hajar bt Ahmad Sabir. Mereka merupakan sahabat tahun 1 yang kini sedang sama-sama menghadapi peperiksaan akhir. Walaupun mereka semua selamat, namun salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang agak parah iaitu saudari Siti Hajar.

Menurut pakar, beliau mengalami keretakan di bahagian tulang belakang, tisu saraf tunjangnya koyak dan kedua-dua kaki beliau patah di mana keberangkalian untuk lumpuh adalah sebanyak 90%. Kini beliau sedang ditempatkan di ICU Hospital Besar Melaka dan masih menunggu masa untyuk menjalani pembedahan. 

Perbelanjaan bagi pembedahan dijangka melebihi RM12 000 kerana untuk memasukkan besi di bahagian tengkuk sahaja doktor menjangkakan memakan hampir RM12k dan ini tidak termasuk kos pembedahan keseluruhan dan besi untuk kaki beliau lagi. 

Oleh itu, dengan rendah hatinya kami memohon bantuan doa, solat hajat dan kewangan daripada sahabat sekalian bagi sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini kerana mereka sememangnya amat mengharapkan ia daripada kita semua. Bagi sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan, di sini ana sertakan nombor akaun waris saudari Hajar untuk memudahkan urusan sumbangan kewangan dilakukan.

Maybank: 154101189392 (atas nama Noraini bt Che Mat-Bonda Siti Hajar)
No H/P: 013 6919366 

Semoga usaha kita dalam membantu meringankan beban sahabat yang lain akan diberkati oleh Allah.
Terbitkan rasa ehsan dari sanubari, jelmakan keprihatinan dengan memberi.


ISIS KAI UMT mengucapkan takziah kepada semua mangsa. Semoga tabah mengahadapi ujian ini.

No comments:

Post a Comment