Saya
pasti setiap daripada kita ingin merangkul kejayaan yang cemerlang dalam lapangan
ilmu. Oleh itu, janganlah kita lupa amalan-amalan yang boleh membawa kita
kepada kecemerlangan dunia juga akhirat.
- Janganlah sesekali lupa hubungan kita dengan ALLAH iaitu doa kerana doa itu senjata orang mukmin. Oleh itu berdoalah selalu kerana ALLAH berfirman ‘berdoalah, nescaya akan ku perkenankan’.
- Jangan lupa juga untuk memunaikan solat hajat. Mohonlah sebanyak mungkin hajat padaNya.
- Selain daripada itu, janganlah kita lupa terhadap insan tercinta. Jangan salah faham, bukan kekasih hati yang kita dambakan akan tetapi kekasih hati dunia akhirat iaitu kedua ibu bapa kita. Jagalah akhlak kita dengan ibu bapa iaitu dengan memohon restu dan doa daripada mereka kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Mohon mereka doakan kita supaya mudah urudan kita.
- Amalkan surah al-insyirah dan surah an-nas. Supaya dilapangkan kati dan dielakkan daripada was-was.
- Semasa mula untuk masuk ke dewan peperiksaan mulakan dengan langkah kanan dan berdoalah.
- Jawab dengan tenang.
Pokok
pangkalnya, adalah kebergantungan kita sepenuhnya pada ALLAH, andai ditakdirkan
keberjayaan kita atau tidak itu adalah terbaik buat kita. Lambat atau cepat
segalanya adalah ketentuan dariNya. Redhalah kerana pasti ada hikmah
disebaliknya.
Akhirnya,
saya mewakili pimpinan ISIS KAIUMT ingin mengucapkan selamat menduduki
peperiksaan. semoga usaha kita dipandang olehNya.
Wasalam
~JoMMuHAsABahjOmberUBAH~
Siti Aishah Binti Ismail
Timbalan Pengerusi ISIS KAI UMT
No comments:
Post a Comment