11 January 2013

Ziarah Pelajar UTeM Mangsa Kemalangan Jalanraya

Pimpinan ISIS serta ahli- ahli ISIS yang menziarah saudari Azizue

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, tengah hari tadi pimpinan ISIS bersama beberapa orang ahli ISIS KAI UMT sempat menziarahi salah seorang pelajar UTeM, saudari Azizue Hasnie Bt Abdul Zubair yang terlibat di dalam kemalangan di Masjid Tanah, Melaka pada 6 Januari lalu.

ISIS KAI UMT diwakili oleh Siti Aishah Binti Ismail (Timbalan Pengerusi), Shakinah Bt Sholehuddin (Biro Kesihatan), Nurul Sakinah Bt Mohd Sofiuddin (Biro Personaliti), Zaiimah Bt Rozman (Biro Personaliti) dan Naqiyyu Bazz Binti Ramli (Biro Akademik & Kebajikan) serta beberapa orang ahli ISIS tiba dirumah saudari Azizue dan sempat berbual dengan ibu dan nenek kepada saudari Azizue.


Saudari Azizue, dibenarkan pulang ke rumahnya di Terengganu setelah menjalani rawatan di Hospital Melaka. Keadaannya semakin pulih setelah menjalani pembedahan membetulkan rahangnya dan sekarang saudari Azizue menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Azizue anak pertama dari lima orang adik- beradik mengalami luka dan lebam di bahagian mulutnya serta patah dua jari kirinya dan ketika ini saudari Azizue hanya mampu memakan bubur menggunakan straw disebabkan rahangnya yang patah. 

Menurut cerita ibu kepada saudari Azizue, kemalangan tersebut berlaku kerana kereta yang dipandu seorang lagi sahabat Azizue terbabas melanggar pokok. Menurut ibunya lagi, saudari Azizue sangat tabah disebabkan sokongan sahabat- sahabat yang ada disekelilingnya.

ISIS KAI UMT mengucapkan takziah kepada saudari Azizue serta keluarga dan semoga saudari Azizue terus tabah menghadapi dugaan ini. Sama- samalah kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saudari Azizue dan sahabat- sahabatnya yang lain. Wallahu'alam.

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)


Info: 
  • Berita kemalangan empat orang pelajar UTeM di Masjid Tanah, Melaka. [Link]
  • Pimpinan KAI juga telah menziarah mangsa- mangsa kemalangan di Hospital Melaka pada 8 Januari lalu. [Link]

No comments:

Post a Comment