22 March 2013

Isu Pegawai Asrama Memasuki Bilik Asrama Mahasiswi


Assalamualaikum,

Berdasarkan isu yang berlaku malam semalam, kes kediaman mahasiswi yang diceroboh masuk oleh pegawai asrama atas alasan untuk mengadakan ‘spot check’ adalah tidak wajar sama sekali.  Kami dipihak ISIS KAI UMT berasa terkilan atas kejadian yang berlaku kepada mahasiswi dan kami mengecam tindakan tersebut.

Keadaan masa yang tidak sesuai dan individu yang berlainan jantina melakukan ‘spotcheck’ tersebut memang tidak boleh diterima. Kes ini boleh dikatakan menceroboh hak mahasiswi. Kemasukan secara tiba-tiba oleh pegawai lelaki sangat tidak boleh diterima. Bagaimana keadaan mahasiswi pada waktu tersebut yang dikatakan, diarahkan membuka pintu dengan segera oleh seorang lelaki yang bukan muhrim. Pada waktu aurat tidak terpelihara hal ini amat tidak wajar dan amat dikesalkan

Tidak salah untuk melakukan ‘spot check’, namun biarlah pada masa yang sesuai dan individu yang sesuai. Di harapkan selepas ini,hal ini tidak berulang lagi. Selepas ini diharapkan agar wakil MKS wanita yang menjalankan ‘spotcheck’ ini bagi bilik mahasiswi, bukan lagi pegawai lelaki.

ISIS KAI UMT mohon pada pihak yang berkenaan agar memberi penjelasan dan memohon maaf atas perkara yang berlaku. Isu pencabulan hak adalah tidak wajar sama sekali. Hak mahasiswi harus dijaga.

Sekian.

5 comments:

  1. ia bkn pencerobohan...sila rujuk terma kolej kediaman perkara pertama. tq

    ReplyDelete
  2. saya ingat hanya pegawai perempuan yang buat spotcheck.. xsngka pegawai laki pon de..
    sgt menyedihkan...
    :(

    ReplyDelete
  3. if ikut terma as bukan pencerobohan pun,perlulah beradab. Pegawai lelaki perlu lebih alert untuk menjaga adab sebelum menerjah begitu sahaja.

    *aurat wanita perlu dijaga*

    ReplyDelete
  4. soalan saya, 'pegawai'kah?
    kena confirm balik, 'pegawai' atau 'macai'

    ReplyDelete