8 March 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia



Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah pada hari ini kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kerana lahir sebagai wanita. Wanita adalah seorang individu istimewa yang diangkat martabatnya selepas golongan jahiliyyah dahulu merendahkan martabat wanita dan mengganggap wanita hanya sebagai seorang hamba semata. Sehingga mereka sanggup membunuh bayi wanita yang baru lahir dengan menanam mereka hidup-hidup. Datangnya islam menunjukkan cara sebenar melayan seorang wanita yang mana menunjukkan peri pentingnya wanita dalam kehidupan seorana insan. Wanita sebagai anak, ibu, isteri dan nenek adalah merupakan fungsi yang paling istimewa.

Bertepatan pada hari ini, 8  Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia. Wanita perlu diberi hak yang sama pada sesetengah perkara sebagai contoh hak pendidikan, bekerja dan sebagainya. Adakalanya berlaku diskriminasi terhadap wanita hanya kerana dianggap wanita adalah lemah. Namun biasa kita dengar wanita yang menghayun buayan bisa menggoncang dunia. Hebat bukan? Bisa menggoncang dunia.

Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh terbaik dalam layanan baginda terhadap wanita. ALLAH mewajibkan wanita untuk menutup aurat bukan untuk membebankan namun sebagai cara menunjukkan wanita itu istimewa. Sesuatu yang berharga dan disayangi perlu dilindungi.

Sebagaimana hadis baginda:
Sebaik- baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” (Riwayat Abu Asakir)

Justeru itu, bersempena Hari Wanita Sedunia ini, saya mahu mengajak rakan-rakan mahasiswi sekalian untuk bersama-sama kita bergerak kearah kehidupan yang lebih bermatlamat. Fokus kepada perkara yang sepatutnya. Kita sebagai mahasiswi perlu banyakkan pembacaan dan berfikir ke hadapan. Kita juga merupakan golongan pewaris masa hadapan yang mana kejayaan pada masa hadapan juga terletak di tangan kita yang menentukannya.

Sekian.wallahu’alam.

Siti Aishah Binti Ismail
Timbalan Pengerusi ISIS KAI UMT

No comments:

Post a Comment