3 December 2013

Langkah-langkah keselamatan seorang wanita

Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, 
Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, 
keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum wbt,
 
Terus cakna dan prihatin terhadap mahasiswi. Di pihak ISIS sendiri semakin risau terhadap paparan berita-berita jenayah yang melibatkan kaum hawa yang kini semakin berleluasa.

Ikatan Siswi (ISIS) KAI UMT melahirkan rasa tanggungjawab untuk berkongsi sedikit langkah-langkah keselamatan kepada mahasiswi.

1) Berdoa dan mendekatkan diri dengan Allah.
Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pelindung, dan berlindunglah kita dibawah rahmat dan kasih Allah. Perbanyakkan bacaan doa yang diajarkan Rasulullah SAW :

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Ertinya : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”

2) Mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Pemikiran lelaki dan wanita jauh berbeza, lelaki memandang wanita sebagai pemuas nafsu dan pemberi nikmat sedang wanita memandang lelaki sebagai pelindung dan pemimpin. Jadi, tubuh badan wanita keseluruhannya berpotensi mengundang godaan kepada lelaki dan imaginasi seksual yang meransang sehingga jika lelaki gagal mengawal diri mereka maka yang menjadi mangsa adalah wanita juga. Dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat, ianya mampu menjaga keselamatan diri seseorang wanita.n

3) Mempelajari sedikit sebanyak asas teknik mempertahankan diri.
Terdapat pelbagai seni dalam mempertahankan diri yang boleh dipelajari oleh wanita. Tidak salah untuk seorang wanita mempelajari teknik mepertahankan diri ini, malah ianya dapat membantu sedikit sebanyak ketika berada pada situasi yang memerlukan. Utamanya apabila diserang sebarang bahaya.

4) Semburan lada
Pihak ISIS menyarankan supaya wanita mempunyai alat semburan lada bersama mereka ketika keluar ke tempat-tempat yang jauh dan asing bagi pengetahuan mereka. Alat semburan lada ini mampu membantu seseorang itu pada ketika ianya diserang. Alat ini wajar diperolehi sebagai langkah keselamatan.

5) Elak dari melalui jalan yang sunyi dan berjalan seorang diri.
Sentiasa berteman untuk pergi ke tempat-tempat yang asing dan pastikan teman anda merupakan seorang yang boleh dipercayai.

Moga keselamatan wanita terus terjaga, mahasiswi UMT khususnya. InsyaAllah.

1 comment:

  1. insyaALLAH,,,info yang sangat berguna,,terima kasih :)

    ReplyDelete