Hubungan Bahasa Arab dengan Islam terlalu rapat sehinggakan
Allah menurunkan Al Quran dalam bahasa ini. Seseorang itu pasti akan sentiasa
bersemangat untuk mempelajarinya jika betul-betul memahami akan
kepentingan Bahasa Arab dalam kehidupan ini.
Ibnu kathir berkata, ketika menafsirkan surah
Yusuf ayat 2 : “Yang
demikian itu (bahawa Al -Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab) kerana bahasa
Arab adalah bahasa yang paling fasih, jelas, luas, dan maknanya lebih mengena
lagi sesuai untuk jiwa manusia. Oleh kerana itu kitab yang paling mulia
(Al-Qur’an) diturunkan kepada rasul yang paling mulia (Rasulullah SAW), dengan bahasa
yang termulia (Bahasa Arab), melalui perantara malaikat yang paling mulia
(malaikat Jibril), ditambah kitab inipun diturunkan pada dataran yang paling
mulia diatas muka bumi (tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang
paling mulia (Ramadhan), sehingga Al-Qur an menjadi sempurna dari segala sisi.”(Tafsir
Ibnu Katsir, Tafsir surat Yusuf).
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Berkata: “Sesungguhnya
ketika Allah menurunkan kitab-Nya dan menjadikan Rasul-Nya sebagai penyampai
risalah (Al-Kitab) dan Al-Hikmah (As-sunnah), serta menjadikan generasi awal
agama ini berkomunikasi dengan bahasa Arab, maka tidak ada jalan lain dalam
memahami dan mengetahui ajaran Islam kecuali dengan bahasa Arab. Oleh kerana
itu memahami bahasa Arab merupakan sebahagian dari agama. Keterbiasaan
berkomunikasi dengan bahasa Arab mempermudah kaum muslimin memahami agama Allah
dan menegakkan syi’ar-syi’ar agama ini, serta memudahkan dalam mencontohi
generasi awal dari kaum Muhajirin dan Ansar dalam keseluruhan perkara.”
Jika ada kesempatan waktu, belajarlah bahasa Arab, kerana ia
sangat membantu kita dalam memahami AGAMA ISLAM.
Moga kita tergolong dalam orang-orang yang Allah berikan
kebaikan dalam hidup kita.
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya,
Allah akan faqihkan ia dalam agama.” (HR
Al Bukhari dan Muslim).
InsyaAllah..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tiadaku dambakan cinta selain dariMu,
Setia mengingatiMu setiap detik dan waktu,
Tapi hakikat insan,
Terkadang lalai, terkadang lesu,
Ku rindu untuk sentiasa dalam dakapan RedhoMu,
Moga dengan usaha dan langkah kecilku ini,
Mampu meraih syurga dan redhoMu..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
NUR FATIN NADIA BT CHE SOH
BIRO AKADEMIK DAN KERJAYA
ISIS KAI UMT
No comments:
Post a Comment