"Kawan baik saya tidak menutup aurat, bagaimana nak
nasihatinya?" ----- Jika bukan kawan baik, nanti dulu. Jika kawan baik aka
BFF maka hampirilah dia. Pegang tangan dan mulakan bicara lembut. Minta maaf
dulu. Sopan santun. "Nak dengar tak satu cerita?" "Dulu, ada
seorang wanita arab Islam. Bertutup muka dan berhijab penuh. Kerjanya membawa
susu untuk dijual di pasar Bani Qainuqa'. Suatu hari, kaum Yahudi terlihatnya
dan berniat jahat untuk mengusik hijabnya. Hari itu, muslimah itu singgah dekat
dengan sebuah kedai emas. Tukang emas dengan sengaja mengambil hujung bajunya
kemudian diikat ke belakangnya. Ketika wanita itu bangkit berdiri, maka
terselaklah kainnya. Kaum Yahudi ketawa terbahak-bahak. Puas hati dapat malukan
seorang wanita Islam. Lalu, wanita itu berteriak, lantas seorang hero Muslim
yang ada berhampiran datang menerjah dan menyerang tukang emas itu. Hero
tersebut akhirnya berjaya membunuh tukang emas Yahudi! Kaum Yahudi ketika itu
mengepung, mengikat dan menyeksa hero tadi sehinggalah beliau syahid.
Allahuakbar. Apabila hero tu syahid, datanglah kaum muslimin untuk membalas
penganiayaan terhadap kaum Yahudi sehinggalah tercetus di dalam sejarah Islam,
Perang Bani Qainuqa' (sila semak sirah untuk lebih details dan tepat). Allah.
Demi mempertahankan aurat, maruah dan kehormatan seorang wanita Islam, umat
Islam dulu sanggup syahid terkorban. Tetapi kita pada hari ini, senang-lenang
membukanya demi dilihat mata ajnabi dan bukan Islam. Belum terlambat. Mari
perlahan-lahan berubah bersama-sama." Peluk sahabat kamu dan minta maaf.
Nyatakan hajat kamu betul2 mahu ajak dia sama-sama menuju Syurga. Memang kita
belum pasti ahli Syurga. Namun, kita boleh pastikan kita tidak berada di laluan
menuju ke Neraka.
oleh: Rusydi Art
No comments:
Post a Comment