PENGIKTIRAFAN
ISLAM TERHADAP WANITA
Dengan
Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum
w.b.t...
Aduhai puteriku sayang...
Sungguh tinggi dan mulianya wanita di sisi
Islam. Wanita dijaga dan dipelihara sebaiknya jika dibandingkan dengan kedudukan
wanita pada zaman Jahiliyyah. Wanita diperlakukan sesuka hati menurut hawa
nafsu mereka, ditindas dan diperlekehkan. Namun setelah kedatangan Islam, semua
belenggu yang merendahkan wanita itu dihancurkan. Kehormatan dan nilai-nilai
kemanusiaan wanita pun dikembalikan. Wanita ditempatkan sebagai makhluk merdeka
dan mulia.
Artikel ini akan membahaskan tentang
keberadaan Islam dalam mengembalikan hak-hak kaum wanita yang sebelumnya pernah
dirampas dan penghargaan sebenar syariat Islam terhadap kaum wanita.
Menurut Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur,
bentuk penghormatan Islam terhadap wanita dapat diringkaskan kepada beberapa
aspek berikut:
1. Islam menyambut baik kelahiran bayi
perempuan. Islam menegaskan bahawa hak untuk hidup merupakan anugerah Allah
bagi setiap manusia, baik lelaki mahupun wanita. Allah berfirman:
“Dia memberikan anak-anak perempuan dan
anak-anak lelaki kepada siapa saja yang dikendaki-Nya.”
(Al-Syura, 42:49)
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah menegaskan, Allah
telah mengutamakan suatu hal yang dulu pernah direndahkan masyarakat
Jahiliyyah, iaitu berhubung anak perempuan yang suka mereka kuburkan
hidup-hidup. Islam tidak sekadar memerintahkan seorang muslim menjauhi perbuatan
mengkubur bayi perempuan, tetapi juga berupaya meraih darjat luhur kemanusiaan.
2. Anjuran mengadakan akikah untuk anak
perempuan. Akikah bagi setiap anak yang lahir, lelaki mahupun wanita,
termasuk dalam sunnah Rasulullah S.A.W.
3. Memberi nama yang baik. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan
daripada Ibnu Umar bahawa Umar mempunyai seorang anak perempuan yang bernama
Ashiyah (yang bermaksiat), lalu Rasulullah S.A.W menggantikan namanya dengan
Jamilah (yang cantik).
Selain itu, memberikan nama jolokan atau
gelaran merupakan sesuatu yang terpuji. Al-Nawawi mengatakan, “Dianjurkan
memberikan nama jolokan kepada orang-orang mulia atau yang sedarjat dengannya.
Rasulullah S.A.W sendiri dijoloki Abu al-Qasim (ayahnya Qasim), yang
dinisbahkan kepada anak baginda, Qasim.”
4. Memberikan bahagian waris. Bukan saja lelaki, wanita juga berhak
mendapatkan bahagian waris sesuai dengan ketetapan Allah. Allah berfirman:
“Bagi lelaki ada hak bahagian harta
peninggalan ibu bapa dan keluarganya, dan bagi wanita ada hak bahagian (pula)
dari harta peninggalan ibu bapa dan keluarganya, baik sedikit atau banyak
menurut bahagian yang telah ditetapkan.”
(An-Nisa, 4:7)
5. Menjaga dan mendidik anak perempuan sedari
kecil dan tidak membezakannya dengan anak lelaki. Tabrani meriwayatkan, Rasulullah S.A.W
bersabda:
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan, lalu
dia mengajarnya budi pekerti dan mendidiknya dengan baik, memberinya rezeki
yang telah Allah anugerahkan kepadanya, anak itu kelak menjadi perisai dan
pelindung dirinya dari api neraka.”
6. Memberikan perhatian dan hak pendidikan kaum
wanita sama seperti lelaki.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa memiliki seorang anak perempuan,
kemudian tidak menanamnya dalam kubur, tidak menghinakannya, dan tidak
memandangnya sebelah mata maka Allah akan memasukkan dirinya ke syurga.”
7. Menghormati mereka dalam tarafnya sebagai
isteri. Allah S.W.T
memerintahkan para suami agar menggauli isteri dengan baik:
“Gaulilah
isteri-isteri kamu dengan pergaulan yang baik.”
(An-Nisa,
4:19)
Rasulullah S.A.W bersabda, “Sebaik-baik
kamu adalah yang berbuat baik pada keluarganya, dan aku adalah sebaik-baik
orang di antara kamu yang berbuat baik kepada keluarga.”
8. Kedudukan seorang ibu berbanding ayah. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan
daripada Abu Hurairah, suatu ketika ada seorang lelaki datang dan bertanya
kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling
berhak mendapatkan perlakuan baik daripadaku?” Baginda menjawab, “Ibumu.”
Lelaki tadi bertanya lagi, “Lalu siapa seterusnya?” Baginda menjawab, “Ibumu.”
Dia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Baginda menjawab sama, “Ibumu.” Lelaki itu
bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Ayahmu.”
Rasulullah S.A.W menegaskan, keredhaan seorang
ibu merupakan tiket masuk syurga.
Subhanallah...
Beruntunglah
wahai puteriku sayang...
Begitulah
kedudukan wanita yang amat tinggi di sisi Allah.
Ayuh
sama-sama kita rafa’kan rasa syukur buat Yang Esa.
Yakinlah
wahai puteriku..
Kepada
Rabb yang mencipta segala bentuk keindahan yang ada pada wanita. Janganlah
disiakan keindahan tersebut.
Siramilah
ia dan suburkanlah ia dengan teras keimanan yang kukuh..
Wallahu
a’lam.
Rujukan:
Fiqh
Wanita Menurut al-Quran dan as-Sunnah, Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur.
No comments:
Post a Comment