3 November 2013

Ziarah ISIS

Assalammualaikum Wbt.

Ziarah Mangsa Kemalangan Jalan Raya

Pada petang 2 November 2013, Sabtu, ISIS KAI UMT yang terdiri dari Pengerusi ISIS, Saudari Nurul Sakinah, Timbalan Pengerusi ISIS, saudari Zaiimah Rozman dan Setiausaha ISIS Fathia Azalin telah menziarahi seorang pelajar UMT yang mengalami kemalangan jalan raya dan kejadian pecah masuk rumah. 

Mangsa yang terlibat adalah Saudari Siti Nurul Umira Binti Mohd Sabari, pelajar Kimia Analisis dan Persekitaran tahun 2 dan Saudari Puteri Khairunnisa Asilah Bt Megat Mazni, pelajar Teknologi Lepas Tuai Tahun 2. Mereka adalah rakan sebilik dan ketika ziarah ISIS, saudari Puteri Khairunnisa dikatakan telah pulang berehat di kampung halamannya di Pekan, Pahang. Menurut Saudari Umira yang menjadi pembonceng kepada Saudari Khairunnisa ketika kejadian berkata, kejadian berlaku pada malam 31 Oktober 2013 ketika mereka  dalam perjalanan pulang dari bandar Kuala Terengganu dan berhenti seketika di bahu jalan untuk melihat barangan yang dibeli. Tanpa di sedari, kereta yan sedang laju melanggar mereka dari arah belakang menyebabkan Saudari Umira melambung di atas kereta dan melihat rakannya terdampar tidak sedarkan diri di tepi jalan. Saudari Umira mendapat jahitan di dagu, sakit di bahagian pinggang manakala Saudari Khairunnisa pula disahkan terdapat retakan di tempurung kepala dan sehingga semalam menghadapi muntah darah. Pihak ISIS memohon jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan kesihatan dan kesembuhan keapada sahabat kita yang ditimpa musibah dan ujian oleh Allah ini.

Pecah Masuk Rumah


Pecah masuk rumah, kejadian bahaya yang dihadapi oleh sebuah rumah mahasiswi UMT di kawasan Pak Tuyu. Alhamdulillah, pada hari yang sama lawatan pelajar kemalangan, wakil ISIS KAI UMT telah berkesempatan menziarahi mangsa dan mendapatkan infomasi berkenaan kejadian tersebut.  Menurut saudari Zaidatul Akma yang merupakan salah seorang mangsa, kejadian pecah masuk rumah ini berlaku pada 31 Oktober 2013, kira-kira pada jam 4.30 pagi. Pada waktu tersebut, semua ahli rumah sedang tidur dan turut ada beberapa orang ahli rumah yang tersedar dari tidur akibat bunyi bising gegaran pintu dari luar rumah. Namun, hanya satu bilik sahaja yang berjaya dimasuki dan mangsa dikatakan sedang tidur dan tidak sedar sepanjang kejadian itu berlaku. Mangsa kehilangan telefon bimbit dan dompet.

pengerusi ISIS dan timbalan pengerusi ISIS bersama mangsa
 Sesungguhnya, setiap yang berlaku ke atas umat manusia telah ditetapkan olehNya dan kita sebagai manusia haruslah redha, sabar dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Namun, setiap dari kita punya kewajipan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada tambahan lagi ketika di jalan raya. ISIS mengucapkan takziah dan semoga diberi kesabaran dan ketabahan kepada mereka berdua. Amin.

No comments:

Post a Comment