Alhamdulillah. Subhanallah. Syukur masih diberi
nafas dan kesempatan untuk merasa nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah, kita telah pun memasuki bulan Rabi’ul Awal
1434H. Harapan saya sahabat-sahabat tidak lupa akan
tarikh keramat di mana diutuskan seorang Rasul yang memberi rahmat untuk
sekalian alam iaitu lahirnya Baginda Muhammad pada 12 Rabi’ul Awal, Tahun
Gajah.
Ingin saya kongsikan sedikit kisah yang saya peroleh dari sebuah buku yang berjudul Uswatun Hasanah karya Haddad Alwi.
**********
Wahab bin Munabbih mengisahkan, ketika Nabi Musa membaca kandungan
ayat-ayat Taurat, terlihat olehnya kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Beliau berkata, "Ya Tuhanku,
siapakah gerangan umat yang dirahmati seperti yang kudapati dalam
ayat-ayat ini?"
Maka Allah
menjelaskan, "Mereka itulah umat Muhammad SAW. Mereka rela dengan
sedikit rezeki yang Aku berikan, maka Aku pun rela dengan amalan yang
sedikit daripada mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga
dengan kesaksian la ilaha illallah!"
Nabi Musa kembali mengadu
kepada Allah, "Aku dapati dalam ayat-ayat ini, satu umat yang akan
dibangkitkan pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bercahaya
laksana bulan purnama. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"
Lalu Allah SWT menegaskan,
"Mereka itu adalah umat Muhammad SAW. Aku bangkitkan mereka itu pada
Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bersinar dan bercahaya disebabkan
dari bekas-bekas wuduk dan sujud mereka."
Lalu Nabi Musa kembali berkata,
"Aku dapati dalam ayat ini satu umat yang mengerjakan solat lima kali
sehari semalam, puasa di Bulan Ramadhan kerana Mu, menunaikan haji ke
Baitul Haram kerana Mu, menyerukan perbuatan yang makruf dan
mencegah perbuatan mungkar, menyimpan kitab suci di dada mereka, sehingga
terbukalah pintu-pintu langit dan turunlah rahmat bagi mereka.
Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"
Allah SWT lalu berkata,
"Mereka itu adalah umat Muhammad SAW"
Tidak hanya itu, Nabi Musa kembali berkata, "Ya Allah, Engkau
sudah anugerahkan segala kebaikan kepada Ahmad ( Muhammad) beserta umatnya,
maka jadikanlah aku sebagai umat Muhammad SAW!"
Maka Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-Araf;144
Allah berfirman: "Wahai Musa!
Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu),
Dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan Dengan KalamKu; oleh itu,
Terimalah apa Yang Aku kurniakan kepadaMu, dan Jadikanlah dirimu dari orang-orang
Yang bersyukur".
Begitu lah kisahnya betapa kita perlu, mesti, dan wajib BERSYUKUR menjadi
umat Nabi Muhammad SAW. Betapa beruntungnya kita sebagai umat Muhammad
SAW sehingga Nabi Musa yang memang seorang nabi pun ingin menjadi umat Nabi
Muhammad SAW, sedangkan Nabi Musa sudah pun dijamin masuk syurga dan banyak
lagi kelebihan Nabi Musa berbanding kita yang hanya insan biasa tapi bezanya
kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Subhanallah.
Siti Nurfatehah Binti Hj Othman
Biro Spiritual ISIS KAI UMT
Bendahari II Kelab Amatur Intelektual