Wanita- wanita di India bangkit menuntut hak mereka |
Kecewa terhadap pemerintah dalam menangani kes
pemerkosaan yang terus memakan korban, ratusan wanita, warga India bangkit
membantah dan berhimpun di New Delhi. Luka makin berdarah apabila berlaku tindakan kejam sekumpulan lelaki merogol dan memperlakukan
seorang pelajar wanita jurusan perubatan India sehingga menyeksa emosi dan
fizikal pelajar wanita tersebut hingga meninggal dunia.
Insiden bertarikh 29 Disember 2012 yang berlaku menempelak dan membuka mata wanita dan rakyat di seluruh dunia. Ia juga telah mencetuskan kebangkitan wanita tidak kira latar belakang agama dan bangsa. Desakan terhadap kerajaan dalam meningkatkan perlindungan hak ke atas kaum wanita dan perlaksanaan undang-undang adil perlu diutamakan bukan sekadar retorika.

Mangsa rogol oleh 6 lelaki mabuk di India |
Wanita seharusnya dipelihara kerana wanita juga
mampu untuk membawa perubahan dalam negara. Hak wanita harus ditegakkan. Dengan
berlakunya insiden ini, membangkitkan semangat wanita untuk menegakkan hak
sebagai wanita. Isu sebegini tidak patut dipandang enteng malahan ianya perlu
menjadi satu isu yang besar. Sedangkan Nabi juga terlalu memandang tinggi
terhadap wanita. Hadirnya ISLAM membawa perubahan terhadap wanita. Wanita yang
pada zaman jahiliyyah dijadikan hamba abdi, di bununh walaupun baru dilahirkan
kerana takut membawa keburukan. Namun, hadirnya ISLAM membawa perubahan secara
holistik. Wanita diberi peluang untuk belajar tentang islam. Malahan,
keberjayaan seseorang individu sering dikaitkan dengan wanita. Sudah terang
lagi bersuluh, wanita bukan calang-calang orang yang boleh dipandang enteng.
Untuk itu, saya juga ingin mengingatkan kepada semua wanita
di luar sana agar berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Antara
tips yang boleh saya kongsikan ialah:
- · Niat yang baik untuk keluar rumah
- · Elakkan keluar diwaktu malam sehingga pulang terlalu lewat
- · Digalakkan untuk keluar berteman (yang halal)
- · Baca ayat qursiy. Letakkan pergantungan penuh kita pada ALLAH ta’ala.
“Dan jika
ALLAH menimpakan sesuatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat
menghilangkannya kecuali dia. Dan jika ALLAH mengkehendaki kebaikan kepadamu,
maka tidak ada yang dapat menolak kurnianNya. Dia memberikan kebaikan kepada
siapa saja yang DIA kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun,
Maha Penyayang.”
(Surah Yunus: 107)
Oleh itu, ISIS KAI UMT menyeru kepada seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi wanita, rakyat Malaysia dan juga rakan-rakan mahasiswi sama-sama bersuara menyatakan kecaman terhadap episod hitam yang berlaku. Jika seorang wanita dizalimi, isu ini harus terpalit juga pada diri kita kerana isu wanita, isu sensitif. Jaga diri, jaga perlakuan. Semoga ALLAH lindungi kita.

Wallahu’alam.
Siti Aishah Binti Ismail
Timbalan Pengerusi ISIS
No comments:
Post a Comment