Bawani (kiri), mahasiswi UUM yang berani tampil ke hadapan menyatakan pendapatnya sebelum dihalang oleh moderator jemputan, Pn. Sharifah (Presiden Suara Wanita 1 Malaysia). |
Bismillahirrahmanirrahim.
Suara
mahasiswa, suara perubahan.
Andai
seorang individu yang baru kita kenali, dijemput masuk ke dalam rumah kita,
makan dan minum disediakan. Kemudian, berbual penuh mesra. Tiba-tiba dia tidak
bersetuju dengan pendapat adik kita, menghalang adik kita bercakap dan
seterusnya memberi cadangan kepada adik kita untuk berpindah rumah sekiranya
adik kita tidak bersetuju dengan pendapatnya. Adakah wajar? Dan kita, adakah
sekadar mendiamkan diri, dan tersenyum? Tepuk dada, tanya minda.
Andai
mahasiswa yang bersuara disenyapkan dengan cara yang tidak sopan, hal ini
sepatutnya menjadi satu isu yang tidak dipandang enteng. Kebebasan untuk
bersuara dan memberi pendapat oleh
seorang mahasiswa sepatutnya diraikan dan jika tidak dipersetujui, sila
perbetulkan secara ilmiah dan bersama fakta yang logik, tuntas, bernas dan
meluas.
Bertindak
memperbodohkan dan mencelah seorang mahasiswi untuk bercakap adalah satu perkara
yang kurang beradab dan tidak seharusnya terjadi. Sikap ego, menghina dan rendah
akhlak, menghina pelajar tersebut, dan yang paling mengecewakan, tiada seorang pun tampil di hadapan membela
dan mempertahankan mahasiswi berkenaan. Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu bukan siapa, dia bukan
pensyarah, dia orang luar. Dia datang ke tempat anda dan menghina rakan anda,
dan tiada apa yang dilakukan.
Sukar
untuk diterjemahkan. Namun, setiap orang ada alasan masing-masing yang saya
kira untuk ketika ini boleh diterima. Namun, kita tidak seharusnya diam sampai
bila-bila. Pembelaan perlu kita lakukan, bukan atas dasar politik, tetapi atas
dasar hak bersuara mahasiswa.
Akhir kata, sukar untuk kita
jumpa seorang insan yang berani bersuara di khalayak ramai, lagi-lagi seorang
mahasiswi atas dasar untuk menegakkan kebenaran. Bersuara berdasarkan fakta,
fakta dan fakta. Mari semua kita tambah ilmu, bukan sahaja ilmu di kelas, tapi
juga ilmu isu semasa.
Mahasiswa pemimpin perubahan.
Wallahu’alam.
*Entri ini adalah pandangan ISIS mengenai isu mahasiswi UUM bernama Bawani yang dihalang dari terus menyatakan pendapatnya dalam sebuah program di UUM. [Link]
Orang yang lebih matang, lebih berilmu patut lebih berakhlak... Rasulullah sendiri telah meninggalkan contoh akhlak terbaik, baik dari segi adab bercakap, maupun adab di dalam sesebuah majlis... salah satu adabnya tidak mengaibkan orang dikhalayak ramai, berlapang dada atas pendapat orang lain dan sebagainya... renung-renungkan...
ReplyDeletesetuju sangat.. di mana akhlak dan adab kita sehinggaa memalukan orang dikhalayak ramai..
ReplyDelete