Pada 3 Februari 2013, Konvensyen
Pendakwah Muda IPT ASEAN anjuran Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM) telah
diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Konvensyen yang membawa tema 'Belia Islam Pemangkin Transformasi Ummah' diadakan bertujuan
untuk menyuburkan budaya integriti dan integrasi di kalangan pemimpin pelajar
di peringkat kampus, di samping memupuk barisan kepimpinan yang bertaqwa,
berkredibiliti dan berkarisma yang akan melonjakkan nama negara di masa hadapan.
Antara pembentang kertas kerja didalam
konvensyen tersebut ialah Prof Datuk Dr Sidek Baba dari Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaysia
Kelantan), bekas Timbalan Mufti Negeri Sembilan Mohd Zaidi Ramly, Timbalan
Pengarah Pembangunan Belia Majlis Ugama Islam Singapura, Farah Mahamood
AlJunied dan penyelidik dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kementerian
Agama Indonesia, Akmal Salim Ruhana.
Konvensyen tersebut dimulakan dengan ucaptama oleh Dato' Dr. Sidek Baba
(Professor UIA) yang bertajuk ‘Pendakwah Muda Agen Transformasi Ummah’. Antara intipati
yang disampaikan adalah mengenai bagaimana kita dapat menangani hegemoni
penguasaan barat terhadap umat Islam daripada segi pemikiran, kebudayaan &
nilai, serta ilmu & teknologi. Beliau juga menekankan kepada mahasiswa
untuk tidak hanya menjadi pengguna, tetapi harus juga menjadi penyumbang dan
tidak mengharapkan bantuan daripada negara barat semata-mata.
Ahli ISIS berpeluang untuk sama- sama
menyertai konvensyen tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi ISIS,
saudari Siti Aishah Binti Ismail. Pada konvensyen tersebut juga, saudari Siti
Aishah yang juga merangkap Pengerusi SIGMA Terengganu dapat bertemu dengan
Pengerusi SIGMA Perak iaitu saudari Siti Athirah Binti Mohd Zuki. Pertemuan
yang tidak disangka itu sedikit sebanyak telah merapatkan ukhuwah diantara
SIGMA Terengganu dan SIGMA Perak. Beberapa perancangan untuk memperhebatkan
gerak kerja bersama telah pun dipersetujui.
Alhamdulillah. tahniah ISIS! Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kpd semua. insyaALLAH (:
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi hadir ke program ini walaupun jauh datang. Insyallah jika ada peluang ISIS UMT boleh bekerjasama untuk program yang bermanfaat pada masa akan datang. Penulisan yang menarik untuk rakan-rakan yang tidak hadir merasai dan beroleh manfaat,
ReplyDeleteMohd Hariri Haji Mohamad Daud
Putrajaya