4 February 2013

Konvensyen Pendakwah Muda IPT ASEAN 2013


Pada 3 Februari 2013, Konvensyen Pendakwah Muda IPT ASEAN anjuran Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM) telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Konvensyen yang membawa tema 'Belia Islam Pemangkin Transformasi Ummah' diadakan bertujuan untuk menyuburkan budaya integriti dan integrasi di kalangan pemimpin pelajar di peringkat kampus, di samping memupuk barisan kepimpinan yang bertaqwa, berkredibiliti dan berkarisma yang akan melonjakkan nama negara di masa hadapan.

Antara pembentang kertas kerja didalam konvensyen tersebut ialah Prof Datuk Dr Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaysia Kelantan), bekas Timbalan Mufti Negeri Sembilan Mohd Zaidi Ramly, Timbalan Pengarah Pembangunan Belia Majlis Ugama Islam Singapura, Farah Mahamood AlJunied dan penyelidik dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kementerian Agama Indonesia, Akmal Salim Ruhana.

Konvensyen tersebut dimulakan dengan ucaptama oleh Dato' Dr. Sidek Baba (Professor UIA) yang bertajukPendakwah Muda Agen Transformasi Ummah’. Antara intipati yang disampaikan adalah mengenai bagaimana kita dapat menangani hegemoni penguasaan barat terhadap umat Islam daripada segi pemikiran, kebudayaan & nilai, serta ilmu & teknologi. Beliau juga menekankan kepada mahasiswa untuk tidak hanya menjadi pengguna, tetapi harus juga menjadi penyumbang dan tidak mengharapkan bantuan daripada negara barat semata-mata.


Ahli ISIS berpeluang untuk sama- sama menyertai konvensyen tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi ISIS, saudari Siti Aishah Binti Ismail. Pada konvensyen tersebut juga, saudari Siti Aishah yang juga merangkap Pengerusi SIGMA Terengganu dapat bertemu dengan Pengerusi SIGMA Perak iaitu saudari Siti Athirah Binti Mohd Zuki. Pertemuan yang tidak disangka itu sedikit sebanyak telah merapatkan ukhuwah diantara SIGMA Terengganu dan SIGMA Perak. Beberapa perancangan untuk memperhebatkan gerak kerja bersama telah pun dipersetujui.

2 comments:

  1. Alhamdulillah. tahniah ISIS! Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kpd semua. insyaALLAH (:

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi hadir ke program ini walaupun jauh datang. Insyallah jika ada peluang ISIS UMT boleh bekerjasama untuk program yang bermanfaat pada masa akan datang. Penulisan yang menarik untuk rakan-rakan yang tidak hadir merasai dan beroleh manfaat,

    Mohd Hariri Haji Mohamad Daud
    Putrajaya

    ReplyDelete