23 March 2013

Isu Asrama Mahasiswi: Penjelasan Daripada Wakil Majlis Kolej Siswa


Alhamdulillah. Pada petang 22 Mac 2013, Ikatan Siswi (ISIS) KAI UMT telah mengadakan perbincangan bersama wakil Majlis Kolej Siswa (MKS), saudari Norsoraya Azurin Bt Wahir (Exco Aduan dan Kebajikan MKS), saudari Nur Bazilah Bt Basri (Keselamatan dan Kesihatan MKS) serta wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar, saudari Siti Nur 'Afifah Bt Sariat (Setiausaha 1 MPP) berhubung isu pegawai asrama memasuki bilik asrama mahasiswi atas alasan 'spotcheck' barang terlarang. ISIS KAI UMT diwakili oleh Saudari Siti Aishah Bt Ismail (Timbalan Pengerusi ISIS), saudari Shakinah Bt Sholehuddin (Setiausaha ISIS), dan Siti Nurfatehah Bt Othman (Bendahari ISIS).

Seperti yang sedia maklum, isu pegawai asrama memasuki asrama mahasiswi telah mendapat perhatian ramai pihak. Hal ini sekaligus telah mengundang ketidak puasan hati para mahasiswi atas tindakan pegawai asrama tersebut yang seolah- olah tidak menghormati hak seorang mahasiswi. Beberapa masalah dan rungutan mahasiswi telah dibawa ke dalam perbincangan, antaranya ialah:
  1. Masa yang tidak sesuai membuat 'spotcheck' (11malam - 1.30pagi), kerana pada waktu tersebut ramai pelajar sudah tidur.
  2. Membawa masuk staf lelaki bersama dalam pemantauan tersebut.
  3. Etika staf lelaki pada waktu kejadian, dimana ada staf yang meninggikan suara pada mahasiswi.

Menurut wakil MKS, saudari Norsoraya Azurin, 'spotcheck' yang dibuat pada malam tersebut adalah dibawah tanggungjawab pihak pengurusan Kolej Siswa Sheikh Abdul Malek (SAM) dan pihak MKS sendiri tidak langsung terlibat dalam 'spotcheck' tersebut. Tambahnya, pemantauan di setiap kolej kediaman perlu bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mahasiswa/i terjaga sekaligus penghuni kolej kediaman mematuhi setiap peraturan yang telah diwartakan. 

Menurutnya, 
  1. masa 'spotcheck' yang dibuat pada waktu tersebut kerana hanya pada ketika itu sahaja semua pelajar boleh dikatakan berada dibilik masing- masing. 
  2. Staf lelaki dibawa masuk bersama dalam 'spotcheck' dari bilik ke bilik adalah kerana pihak pengurusan KSAM sendiri tidak mencukupi bilangan staf wanita untuk menjalankan pemantauan pada malam tersebut. 
  3. Mengenai etika dan adab staf yang meninggikan suara tersebut, perkara ini akan dipanjangkan ke Pengetua Kolej Siswa SAM oleh MKS.

Diharap dengan penjelasan yang dibuat ini, para mahasiswi sudah jelas dengan penjelasan yang dibuat oleh MKS. Yang di-Pertua MKS iaitu saudara Muhammad Taufiq Ismail juga sudah mengeluarkan kenyataan di dalam For-UMT berkenaan isu ini. Saudari Norsoraya Azurin juga menegaskan didalam pertemuan ini bahawa sebarang masalah atau aduan mengenai kolej siswa boleh terus merujuk wakil- wakil MKS untuk mereka mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kami di pihak ISIS, mengharapkan MKS membawa isu ini ke pihak atasan untuk diambil perhatian serius dan semoga kejadian ini tidak lagi berulang pada masa akan datang. Bagi ISIS hak mahasiswi haruslah dijaga dan jangan dipandang enteng akan kejadian ini.

1 comment:

  1. Syabas ISIS!
    moga terus istiqamah.
    saranan saya, seeloknya diperjelaskan secara mendalam apakah bentuk serta bukti2 pencabulan hak wanita yang telah dilakukan oleh pegawai2 tersebut.
    Tindakan yg telah dilakukan sgt tidak beradab dan tidak memuliakan wanita.
    Anda adalah wanita intelek, tp apa bezanya 'sport-check' dgn cara sedemikian, dibandingkan dengan serbuan ke rumah pelacuran?
    Pegawai terbabit pastinya sesorg yg mmg ada masalah akhlak, dan perlu dikenakan tindakan tatatertib.

    ReplyDelete