20 January 2013

Siti Hajar Pelajar UTeM Telah Kembali Ke Rahmatullah

 

Pada jam 9.25 pagi, 20 Januari 2013 (Ahad), ISIS telah menerima berita bahawa saudari Siti Hajar Binti Mat Sabir, pelajar tahun pertama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah pulang ke rahmatullah.

Kondisi saudari Siti Hajar dikatakan semakin teruk apabila saudari Hajar mengalami demam panas dan terdapat jangkitan pada paru- parunya sehingga sukar untuknya bernafas. Saraf tunjangnya juga telah gagal untuk menghantar arahan ke anggota bandan sehingga perutnya membengkak dan usus besarnya tidak dapat menyalurkan najis dengan sempurna.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi saudari Siti Hajar. Mohon untuk semua mendoakan kebaikan dan Al Fatihah kepada arwah Siti Hajar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang- orang yang beriman. Sesungguhnya kerana Allah dan kepada Dia kita kembali.

Nyawa kita ini adalah pinjaman yang Allah SWT berikan kepada kita. Ia adalah milik mutlak Allah dan tidak kekal didunia ini. Kita harus bersyukur dengan nikmat yang kita peroleh dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

ISIS KAI UMT mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Siti Hajar Binti Mat Sabir. Semoga keluarga arwah tabah dengan ujian ini. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun~

----------------------------------------------------------------------

Info:

  • Pada 6 Januari 2013, saudari Siti Hajar telah mengalami kemalangan bersama tiga orang sahabatnya di Melaka. [Link]
  • Pimpinan Kelab Amatur Intelektual (KAI), diketuai oleh saudara Muhammad Raimi B. Abdul Rauf, Presiden KAI telah menziarahi mangsa- mangsa kemalangan di Hospital Melaka. [Link]
  • Pimpinan Ikatan Siswi (ISIS KAI UMT) diketuai oleh saudari Siti Aishah Binti Ismail, Timbalan Pengerusi ISIS telah menziarahi saudari Azizue Hasni, salah seorang mangsa kemalangan juga sahabat kepada arwah Siti Hajar. [Link]

2 comments:

  1. setiap jiwa pasti merasai mati, x lambat dan x akan cepat walau sesaat...Moga Allah SWT tempatkan Allahyarhamah Siti Hajar bersama org yang berIman. dunia hi hanya pinjaman...persinggahan utk kita mencari bekalan di Akhirat...

    ReplyDelete